Tragedi sate dan lampu suluh.

disebabkan malam, jadi kawasan ruang tamu menjadi gelap kerana tidak membuka lampu kerana malas bangun untuk menekan suis. aku dan mak aku lepak tengok tv sambil memakan sate, abah aku pulak dah tidur sebab esok nak kerja. jadi hanya aku dan mak aku mengkonker tv tersebut tanpa belas kasihan.

bersama-sama sate di tangan, kami hanya menonton kredit filem Law Abiding Citizen jadi barulah kami tahu siapa pengarah, pelakon, penerbit, produksi, dan penaja filem tersebut. sebabnya hanyalah kerana kami malas untuk menukar channel. disebabkan tension melihat senarai nama yang terlampau panjang seperti kebiasaan filem-filem manusia putih ini, masih lagi bersama sate di tangan dan di dalam mulut, mak aku pun cuba untuk menukar channel.

disebabkan Astro di rumah kami mengalami konkusi dalaman, jadi remote control menjadi tidak bermakna lagi. remote control itu kini hanya digunakan untuk menjadi hiasan artifak di rumah. jadi terpaksalah  menggunakan manual iaitu dengan menekan-nekan decoder astro sehingga jari-jari merasa lenguh.

seperti yang sudah diterangkan di atas, keadaan gelap. jadi kami hanya menekan-nekan punat decoder tersebut tanpa memikirkan masa depan. setelah memikirkan masa depan kembali, baru perasan ada lampu suluh di situ. sengaja dikhaskan untuk menyuluh decoder pada waktu malam kerana faham bahawa semuanya malas untuk bangun dan membuka lampu.

disebabkan mak aku kurang arif dalam bidang ini, jadi kepakaran aku diperlukan untuk menukar channel. bersama sate di tangan, aku pun menekan-nekan decoder terbabit dengan harapan channel akan bertukar ke arah yang lebih baik. maka aku menyuruh mak aku menyuluh decoder tersebut manakala aku pula akan mencari channel yang membawa kemakmuran kepada kami berdua.

tetapi, secara spontannya, mak aku terus dengan lajunya menyuluh decoder tersebut. tetapi aku pelik, kenapa tiada cahaya yang menerangi. bila aku tengok mak aku, rupanya mak aku menyuluh decoder tersebut menggunakan sate. aku pun bertanya

"mak, kenapa mak suluh guna sate?????" kataku.. kemudian mak aku pun menjawab..
"eh! hahahaha!!" sambil memukul peha aku yang tidak bersalah.

nasib baik aku dengan mak aku tak tercekik sate. sebab kami gelak ketika sate penuh di dalam mulut.

1 ulasan:

  1. mak kau dan kau ta habes2 wat onar lam umah..haha

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.