Sambung study: Imaginasi dan realiti

Entry ini agak panjang. Kalau taknak menyesal, baca. Kalau nak menyesal, baca.

Ketika aku masih kecil, aku ingatkan yang aku takkan masuk universiti dan mungkin akan terus menjadi buruh kasar lepas SPM. Ini semua gara-gara iklan dan drama melayu yang stereotaip dengan budak yang tak suka baca buku. Sejak daripada tu, aku rajin baca Ujang.

Lama-lama bila dah besar, dah tahu SPM tu apa dan tahu tahap baran mak aku macam mana, aku mula risau kalau tak dapat sambung belajar. So aku teruskan baca Ujang. Lepat dengan Manggis ni menjadi-jadi pulak lawak dia.

Orang kata kalau dah masuk form 6 ni maksudnya sebelah kaki dah masuk universiti. So aku teruskanlah ambil form 6. Kalau tak ada rezeki, paling tak pun aku boleh cerita kat anak-anak aku yang kaki kanan aku ni penah masuk universiti. Tak adalah malu sangat.

Rezeki Allah dah tentukan, United Kingdom of Malaysia (UKM) terima jugak. Macam mana pun bila dua-dua belah kaki dah dapat jejak universiti, aku kenalah tukar cara hidup aku.

Hidup di universiti ini memang lebih mencabar. Tapi tak tahulah mana satu, sama ada aku tercabar hidup dalam universiti atau universiti yang tercabar aku hidup dalam dia.



1. Layan tengok movie.
Sebelum melangkah kaki ke UKM aku dah slow talk dengan TV aku, aku cakap yang aku takkan tinggal tengok shin chan dan doraemon tiap-tiap minggu. Tapi hakikatnya bila dah mula belajar, masing-masing macam malas nak pergi tengok TV dekat ruang tamu kolej sebab wifi free membolehkan download haram dilakukan dengan bermaharajalela. Nak ON kan TV tu pon kadang-kadang aku failed. Garu kepala kenapa remote ni tanak dengar kata, rupanya plug TV mak aku guna untuk vakuum.

2. Schedule waktu tidur.

Kalau aku seekor hantu, nescaya akulah hantu yang paling malas merasuk orang. Kerana aku adalah hantu tidur sejak aku bayi (yang ini adalah kisah benar). Tapi bila dah masuk U, kenalah ubah gaya hidup jadi bidadari.
Bangun subuh, study, sarapan, jogging, pergi kelas. Tapi hakikatnya kelas aku banyak petang dan kadang-kadang kelas batal. Daripada bangun lewat pagi, jadi bangun tengahari sebab selalunya pukul 3 4 pagi baru tidur sebab baca novel tidak berilmiah atau mengorat pakwe. Elok nak ubah jadi bidadari tersalah ubah menjadi toyol pula.


3. Bahagikan waktu belajar dan main game.
Aku memang suka main game. Game yang aku paling legend adalah game Solitaire. Kau ingat mudah nak carik kad yang betul. Kalau dalam 5 jam aku study, 4 jam setengah aku main game atau sedang membaca gosip. 
Tak boleh salahkan aku, sedang elok aku buat carian dekat google 'Teori Komunikasi', sekali keluar link 'David Teo makan nasi goreng kantonis basi'. Nak buat macam mana, kena lah aku baca jugak. Pensyarah kata budak media kena tahu isu semasa. Bila habis baca gosip, masa study dah habis. Tak dapat lah aku sambung study macam ni. Jadi aku sambung main game. Nampaknya usaha aku seimbangkan study dengan game gagal.


4. Join aktiviti luar.

Sebelum aku sambung belajar, bukannya aku tak ada aktiviti luar. Ada. Contohnya angkat kain jemuran, petik cili api, bagi itik makan, dikejar angsa dan pelbagai aktiviti bersama haiwan lain. Apa jua aktiviti yang memerlukan aku memakai selipar dikategorikan sebagai aktiviti luar. Bila masuk U, aku ingat nak join pertubuhan yang ada rekreasi sebab aku suka aktiviti panjat memanjat. So jangan terkejut kalau tengok aku tidur atas kipas siling. 
Sekali tersalah masuk pertubuhan, tak pasal-pasal kena join demonstrasi. Tapi aku bawak papan sepanduk kosong je sebagai backup. Kalau-kalau polis datang boleh lah aku terus tulis "Otak-otak dijual di sini". Sekurang-kurangnya aku terselamat masuk lokap. At last rupa-rupanya bukan demonstrasi, tapi pergi merewang kenduri kahwin member pertubuhan. Papan sepanduk tu terus aku tukar "Makanan percuma sehingga 4.00 petang" dengan "Dilarang tapau". Tak adalah malu sangat. Nokharom siapa yang tipu aku.

5. Nak belajar rerajin.
Disebabkan aku ni tak lah pandai mana dan ilmu itu bukannya bola bowling yang datang bergolek, jadi aku kena lah rajin sikit. Tapi disebabkan point yang aku bagitahu nombor 2 tadi, rasanya korang tahu apa jadi. Boleh pulak sem 2 kelas banyak pagi. Itulah sebab utama kenapa muka aku menjadi ilham kepada mekap artis untuk mekap karakter zombie. Daripada nak kekalkan imej jelitawan, tertukar imej sawan. Setiap kali aku nak study mesti mata aku tak setuju. Baru buka isi kandungan aku dah mula menguap. 

6. Malas nak mencari jodoh.
Yang ini sebenarnya tak ada dalam wishlist. Tapi disebabkan kemajuan pertembungan genetik, ramai pula yang seiras lelaki tampan. Kadang-kadang nak jugak menyapa "hai, rupa awak ni macam saya kenal. macam rupa jodoh saya". Tapi tak payah lah. Nanti kecik hati bakal suami aku yang belum datang lagi waktu tu.

Hakikatnya apa yang aku gambarkan sebelum masuk U adalah berbeza dengan apa yang sebenarnya terjadi bila aku masuk U. Mungkin juga ini hanya terjadi pada aku sahaja kerana selalunya aku mengikut masa Amerika.











4 ulasan:

  1. ngko lukis pakai apa nie lala? cantik ah... hahaha

    BalasPadam
  2. hehehe yg ni aku seludup snyap2..tp dilukis mgunakan devian art muro..

    BalasPadam
  3. Hahaha lawak laa hakak nim ~ Singgah dan follow
    Saya pun baru nk msuk kolej,dlm kepala ni ade mcm2 vision
    last2 time masuk nanti kompem diluar jangkaan :)

    BalasPadam
  4. thniah dpt smbung blajo. yg pnting kena buat muka educated

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.