Tragedi Gtalk bersama mak.

disebabkan aku sudah jarang balik rumah sekarang disebabkan kesibukan yang melampau seumpama berada di parlimen, maka selalunya aku akan menghubungkan diri aku dengan keluarga aku melalui internet sahaja. jika ingin bergosip dengan lebih panas, perbincangan tertutup akan diadakan di Google Talk (Gtalk). disebabkan masa sudah berlalu dengan membawa ilmu sekali, jadi mak aku sudah pandai menggunakan Gtalk.

memang banyak cerita. tetapi aku tidak berniat pun untuk menceritakan kepada kamu semua kerana ingin membuat kamu semua jealous dengan sengaja. panggilan telefon menggunakan Gtalk tidak memerlukan topup dan percuma. jadi tidak hairanlah jika kami malas untuk meletakkan call.

disebabkan aku, mak, abah dan angah kerap kali berusaha menghubungkan diri masing-masing, jadi aku tertanya-tanya, "mana along?". dengan bangganya mak aku pun memberitahu bahawa mak sudah ada email gtalk along dan dah add dia. aku pun terpaksalah terkejut dengan tindakan drastik mak aku. macam mana aku boleh ketinggalan dalam bab yang aku major selama ini? adakah mak sudah merampas kuasa dan kepakaran aku dalam bidang add mengeadd?

untuk tidak ketinggalan aku pun meminta kat mak email along untuk gtalk. mak aku pun beri kepada aku dengan berkata

mak: email along yer? kejap..haa ni dia... se vomal..
aku: hah? ape dia? tak clear laa...
mak: ala macam mana nak sebut nih...senvosmel..
aku: haaa?? ape bende tuh? lain macam jer sound..( sebab sebelum ni aku rasa email along ada nama dia..tapi aku lupa)
mak: alaaa..ni haa...senvosmel..
aku: send voicemail???
mak: haaaa!!tu la dia...
aku: hahahaha!! makkkk! tu bukan email laaa..tuh untuk pesanan suara kat gtalk nih..!
mak: *gelak dengan besarnya* mana lah mak tau!!*
aku: *tak payah tahu aku gelak setan macam mana*


5 ulasan:

  1. post mcm sedih je,HAHAHA
    rindu kg halaman?

    BalasPadam
  2. semalam baru jmpe dgn parents aku...
    xda lah sedih sangat..hehehe

    BalasPadam
  3. wakkakaa..makteh2..aduya..tergelakk eden!!aishh..

    BalasPadam
  4. kah kah kahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    BalasPadam
  5. zari : hehehe..gelak la puas2

    faz: ko pon same..gelak la puas2 yer..

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.