Pentingnya pandang belakang.

tekanan yang telah diemailkan pada aku kali ini boleh tahan beratnya. melebihi berat badan aku. secara tidak langsung ianya berjaya membuatkan aku rasa stress. tapi selalunya cara aku menangani stress adalah dengan menyanyi lagu hindustan seperti O sahiba, Khushian Aur Gham, Mohabbat dan Never Say Goodbye.

semua gara-gara exam. disebabkan aku sangat rajin membaca sejak kebelakangan ini, jadi ianya telah membuatkan perut aku kerap kali mengadakan konsert percuma apabila tiba waktunya. satu hari tu aku lapar. bukan satu hari tapi hari-hari. jadi aku telah membulatkan jawapan B yang mewakili 'pergi cafe, order dan makan.' sekaligus tidak memilih jawapan D yang mewakili 'berimaginasi kau tengah makan dan dibelanja oleh kawan kau yang kedekut.' pada kertas soalan yang aku reka sendiri.

jadi aku ke cafe Amin bersama roomate, Ila. kami order makanan yang simple je sebab kami baik taknak menyusahkan tukang masak untuk masak makanan yang merepek-merepek macam "bang! kasi Nasi Goreng Hangus, Mihun Sup tanpa sup, Nasi Goreng Kampung taknak nasik, saya nak kampungnye je!" mahupun mee hailam.

kami order nasi goreng kampung, telur dadar, nasi goreng cili padi, tomyam ayam, telur dadar lagi satu. tapi disebabkan warga amin semuanya berpusu-pusu berebut jugak nak makan pada waktu yang sama, jadi kami sudah menganggarkan bahawa makanan kami akan lambat. sedangkan orang takda pun lambat, apetah lagi kalau cafe tu umpama ada perlawanan bola sepak Kelantan vs Negeri 9.

tapi sangkaan aku meleset!!! memang kali ni tak lambat. tapi amat lambat.............. (O_o)
kesibukan yang dipamerkan oleh pekerja-pekerja di cafe dapat dilihat apabila kami terpaksa membuat keputusan yang amat susah untuk duduk dimeja mana sebab semua meja dipenuhi oleh pinggan-pinggan yang dihiasi dengan tulang-tulang ayam, daun serai, daun limau, kulit tomato, kancang panjang dan timun yang mempunyai kesan gigitan. akhirnya kami pun duduk je di meja bulat yang juga dipenuhi oleh pinggan-pinggan yang tidak diingini tersebut.

seminit, dua minit, tiga minit dan minit-minit seterusnya membuat aku pon berkata kepada ila,
"susah sangat ke nak buat makanan kita tu?". dengan selambanya aku berkata tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

lepas je aku mengeluarkan kata-kata yang mempunyai unsur kurang baik tersebut, seorang lelaki iaitu abang cafe tersebut dengan selambernya  dan berbekalkan muka tak bersalah dan kurang pendengaran terus mengutip pinggan-pinggan kotor tersebut.

ila dah gelak pandang aku. aku pula terus diam membisu dan mengetap bibir umpama baru memakai lipstick.
dengan pandangan mata yang berat aku memandang abang cafe tersebut dengan harapan dia tak dengar apa yang aku katakan tadi. kalau dia dengar mesti dia akan membakar kertas order aku dengan sengaja.

aku bersyukur sebab dia buat heran tak heran dengan aku. mungkin dia buat-buat tak dengar ataupun dia memang tak nak pandang aku sebab aku bukan taste dia.

sejak daripada kejadian tersebut, setiap kali aku nak bercakap aku akan memandang ke belakang sebab risau kalau-kalau ada orang bangga sebab aku bercerita pasal diri dia.

p/s: boleh pulak time aku tengah makan dengan kakashi kat pusan En.Helmi boleh join makan sama lepas tu bercerita pasal politik.

3 ulasan:

  1. haaha, lain kali tgk2 dulu sebelum cakap

    BalasPadam
  2. haha...yang bunga 2 cmne plak ek??bukan terlepas cakap pada waktu sepatutnya??hehe..follow me la makteh oi..(:

    BalasPadam
  3. faz: heheheeh..mane nak tau dia ada kat belakang!

    errkk...ha3. ila senyap2 sudah!

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.