Benda yang sebenarnya orang menyampah.

setelah bergoat bergiat bertahun-tahun lamanya dalam aktiviti bersosial menggunakan laman sesawang ni, begitu banyak perkara klise yang telah aku jumpa. beribu-ribu orang akan melakukan hal yang sama sehingga aku pun berasa menyampah dengan kehadiran orang baru. lebih rela hidup di zaman kesultanan melayu melaka.

yang penting kita mulakan dengan lafaz bismillah kemudian diakhiri dengan alhamdulillah. baiklah, aku akan mulakan dengan perkara yang kedua sebab dah bosan selalu sangat mulakan dengan perkara pertama.

Kedua: Gambar

BIBIR tu! lelaki ke perempuan perangai sama je. semua bajet cute macam hamster. kalau nak upload gambar mesti ada muncung-muncung sikit. bibir kalau tak di kedepankan sikit tak boleh. kalau tak boleh nampak macam Angelina Jolie, asalkan boleh nampak macam itik sikit pun jadilah (at least menyerupai sesuatu). 

LIDAH! kalau lidah tak terkeluar sikit macam orang baru lepas minum racun tak sah. macam orang lain tak ada lidah gamaknya. aku sarankan baik minum racun betul terus, baru nampak real lidah terkeluar. siap ada buih-buih lagi. tak payah susah-susah nak makan breeze.

CAPTION pulak! memang pandai psikologi semua budak-budak laman sosial ni. semua akan tulis benda buruk-buruk je pasal gambar tu, sebabnya nak dapatkan komen yang macam ni "u tak buruk la, u comel je" , "janganlah cakap muke u macam hot dog, u gojes ok!", "mana ada hodoh, takda pun lah. bagi saya awak tetap cantik". hipokrit punya manusia. padahal masa upload gambar tu dah siap cakap "kalau aku tulis benda buruk pasal gambar ni, mesti orang akan puji!". 

Pertama: bahasa

SHORT FORM je! semua nak pakai short form. kalau sms tu boleh terima lah sebab nak jimat kredit, tapi kalau komen-komen pun nak pakai short form, menyusahkan orang nak membaca je. sampai sekarang aku pening  masih tak dapat jawapan kenapa manusia pakai short form kalau berlaman sosial walaupun ianya tidak merugikan kredit. yang paling buat aku pening kenapa aku pun guna short form jugak.

AYAT tu! makin muda budak tu, makin kurang ajar ayatnya. kurang ajar sebab sesiapa yang berasal dari golongan tua mesti akan cakap "sumpah aku tak paham ape ko cakap!". puncanya sebab ejaan dan struktur ayat berubah sampai buat orang yang tak faham maki hamun dan berasa dirinya bodoh. jarang nak jumpa budak yang berkata "hai, awak ini comel sungguh. terpegun saya melihat awak. boleh kita berkenalan?" . tapi kalau nak jumpa ayat "heyy..wk ni comey are. shuke shaye nengok. nk nenal uley?" macam haram. belum lagi huruf 'a' jadi 'q'.


10 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.