Cara nak buang sekatan website yang kena blocked.

UPDATE 2016: SORRY GENG. AKU RASA JALAN-JALAN NOKHAROM KAT BAWAH NI DAH TAK BOLEH PAKAI LA. DEMMIT. NANTI AKU UPDATE LAIN.

Hari ini rasa macam nak buat entry berilmiah sikit memandangkan GST semakin hampir. Jadi kena naikkan sikit kebijaksanaan.

Padahal sekarang ni aku tengah bengang sebab tak dapat berfacebook. Aku bosan sebab kerja dah siap, jadi untuk mengisi masa lapang dan nampak busy menaip supaya tak disyaki bos, terpaksa aku update blog ini. Sekurang-kurangnya orang akan fikir aku sangat busy membuat kerja.

Kali ini aku akan berkongsi tips untuk unblock website yang dah di blocked. Atau dalam bahasa google translate "membuang sekatan laman web disekat". Jadah apa itu.

1 - Cek dulu sama ada website tu tengah down atau tak.

Sebelum memaki hamun dan berbuat dosa menghina, lebih baik kita cek dulu sama ada web yang kita nak bukak tu memang tengah available atau tengah down sebab maintenance. Entah tengah buat construction ke hape kau sedap-sedap nak memaki.

Cara paling senang kau pergi ke sini - http://downforeveryoneorjustme.com/
Masukkan website URL yang kau teringin sangat nak jenguk tu. Dengan pantas dia akan bagitahu keputusan. Kalau website tu memang tengah down dia akan kata 'down untuk semua orang.' Kalau kena block dia tulis 'Its just you. Haha. Padan muka'. Lebih kurang lah. Sebagai contoh yang jadi kat aku:


2 - Tukar sikit HTTP dengan HTTPS tu.

Sebagai keselamatan aku nak bagi tahu http tu bukan singkatan untuk ayat mengorat ke apa. Selain bawak mengucap, bawak-bawak jugaklah tambah 's' pada http websites tu. Sebagai contoh 'https://www.facebook.com' mungkin boleh di akses memandangkan yang kena block cuma 'http://www.facebook.com'. Term https tu mewakili secure connection sebenarnya, http pulak cuma versi unencrypted untuk URL tu. Kalau tak paham carik sendiri kat google lah malas aku nak terang.

3 - Kita try plak Internet Options.

Kalau cubaan kedua tadi gagal, jangan risau sebab banyak lagi jalan noharom kita boleh ikot. Antaranya guna internet options yang ada dalam komputer. Pergi Control Panel > Network and Internet > Internet Options > Security > Restricted Websites > Sites.

Dah bukak, cekidot kot-kot websites yang ko nak bukak tu ada list kat situ ke hape. Kalau ada apa lagi, lakukan kegiatan kurang bermoral sikit dengan klik URL tu and tekan remove. Lepastu dia akan tanya dulu "ko pasti ke ni nak remove?', ko tekan OK. Barulah kau boleh berjimba tanpa memikirkan masa depan dekat web tercinta kau tu.

4 - Guna khidmat Pacik Google Translate.

Ini cara paling mudah untuk view website yang kena block. Walaupun khidmat google translate agak menyakitkan hati, tapi kadang-kadang kita boleh salah gunakan khidmat dia sikit. Caranya bukak google translate > Pilih apa-apa bahasa asalkan bukan Detect language > tulis URL website > Tukar kepada bahasa English > klik link. Sebagai contoh:



Ini contoh hasil kelakuan tidak bermoral tadi:




5 - Gagal lagi? Takpa, IP address ada.

Sebagai manusia noob, kadang-kadang kita tak tahu yang admin boleh edit host file untuk block facebook. So dengan hati yang takbur mungkin dia dah masukkan domain website tu dalam block list kat host file. Kita jangan kalah, kita pakai IP address pulak untuk bukak websites selain dari guna domain address tu. Malas aku nak membebel banyak-banyak. Ikut je step aku bagi ni, jangan banyak cakap.

Tekan Win + R. Nanti keluar command box. Lepas tu masukkan ni > ping website.com -t . Aku memang tak yakin ko paham so aku selitkan contoh:


Lepastu nanti keluar command prompt, dia akan tunjuk IP address untuk website tu.


Lepas dapat IP adress, ape lagi, copy then letak kat browser bar, tekan enter. 

6 - Jalan Terakhir..

Kalau gagal jugak setelah banyak kali mencuba, kita pergi cari orang yang bertanggungjawab, ugut dia, suruh unblock balik website tu atau kita culik anak kucing dia. Kalau rasa kasar sangat, hipokrit sikit dengan menunjukkan akhlak mulia supaya dia rasa terharu. Atau ikot cara sendiri mana-mana suka. Yang penting jangan sampai berlaku pertumpahan darah dan sampai masuk lokap.

Bila dah berjaya, bolehlah kita berlagak dengan kawan-kawan.

Setakat ni ini jela step yang aku boleh bagi. Sila tegur kalau aku bagi salah info dan ajaran sesat. K bai.

8 ulasan:

  1. Ye ada yg sy nk cakapkan..eh, taipkan... Eh ckp ke taip? Ah..apa2 ja...utk yg buta IT (err..mcm sy) mmg sesuatu yg bermanfaat...satu soalan; bleh unblock Maybank2u x?

    BalasPadam
  2. aik maybank2u pon kne block ke? ke nak hack sebenarnye ni? jgn, nnt masuk lokap

    BalasPadam
  3. makteh... amin dah buat semua yang mak teh cakap... tapi still xboleh.. adus sedihnyee..huhuhuu.. yg nampak mcm best pown sekejap ja.. bila masok google translate.. hahaha.. tapi syok pown xsmpai 5 minit la makteh..hehehe.. bila masok password ngn email teruih kena block.. naharom.. sedih tequih..hahaha

    amin tukaq kat IP address pown xleh jugak.. makteh.. tolong amin yg kerja night shift nie...dalam ofis ada sorg ja kowt.. cemuih nak mampoih...hahaha..

    yang kesepian
    amin ;P

    BalasPadam
  4. Assalam. Tumpang tnya. Boleh unblock acc facebook? Urgent

    BalasPadam
  5. wslm. Hi Ekin,

    Acc fb yg dah di block ke? awk block ke org lain block? klau awak yg block boleh unblock balik. kalau awak yg kena block tak boleh buat apa. tp kalau nak stalk, pakai acc lain.

    BalasPadam
  6. salam nk.tnye knp fb saya tak boleh nk send chat ekk.. saya nk berniaga nie..ada sapa2 boleh bantu saya tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam. cuba install messenger. sekarang fb tak bagi direct pm. kena guna messenger dorang

      Padam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.