Rhotacism atau pelat R, apa nak buat?


First of all aku nak bagitahu, rhotacism bukan jenayah, so tak perlu malu atau rasa terbeban dipandang serong seperti banduan baru keluar penjara.

Dulu pun aku pernah pelat R. Membesar dengan slang Perancis macam tu jadikan hidup tertekan sikit sebab kawan-kawan semua boleh menyanyi lagu polis entri dengan baik. 

Yang paling geram bila mengaji huruf rho (ر) jadi huruf ghen (غ). Nak menyanyi pun susah sebab lain macam bunyinya, walaupun perihal suara tak sedap tu lagi besar isunya.

Mula-mula aku macam nak redha, tapi lepas ia menjadi bahan ejekan angah aku, aku tahu perkara ini perlu dihentikan. Lagi-lagi bila kau membesar di perkampungan orang jawa. Kau tahu kan pekat dia macam mana. Jadi aku mula la berlatih sebut huruf R sampai mak aku pelik aku cakap sorang. Mungkin syak aku diganggu iblis.

Kunci utamanya hanyalah latihan. Berlatih sebut R berulang kali sehingga kau mendapat getaran yang betul. Dalam kes aku, ianya terjadi secara tiba-tiba. Waktu aku membesar dulu, game yang paling in waktu tu adalah ragnarok. Siapa yang tahu game ni biasa orang panggil RO je.

Entah kenapa lidah aku nak sebut RO ni berulang kali sampailah aku dapat rasakan getaran huruf R ni hujung tekak. Perasaannya ya ampun happy sangat walaupun masih kedengaran agak pelik dan mustahil.


Sampai satu saat, akhirnya aku berjaya jugak sebut R dengan betul. Rasa nak berlagak tu mengalahkan menang sukaneka zaman sekolah dulu. Paling penting angah aku kekurangan satu point untuk ejek aku. Aku pun dah boleh menyanyi lagu yang banyak huruf R dengan jayanya. Tapi tu lah...suara still tak sedap.

Dalam kes affliction macam ni caranya cuma kena berlatih. Takda supplement yang boleh buat hilang pelat. Lama-lama nanti okay la. No pain no gain, no food no gain also.

Itu sahaja nasihat yang aku boleh bagi.

* Kalau kau masih pelat dan kawan suka mengejek, tumbuk saja mukanya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.