You can follow me. But please don't follow to close. I love to brake emergency

Cara recover data yang terdelete dari pendrive!

Pernah tak korang terdelete file dalam pendrive lepastu kelam kabut tak tahu nak recover macam mana? Sebab pendrive memang takda recycle bin dan file tu memang takkan jumpa dalam recycle bin dekat dekstop.

Apatah lagi kalau itu adalah file penting, mesti level cuak korang sampai tahap nak buat solat hajat untuk diturunkan penyelamat. Well, siapa yang buat, tahniah doa dimakbulkan.

1. Perkara utama yang korang perlukan adalah testdisk. Boleh download dekat sini : http://www.cgsecurity.org/wiki/TestDisk_Download

2. Pilih ikut OS korang sendiri. Lepas download dia akan berada dalam format .zip file. Dengan mudahnya, extract je file tu sehingga menjadi folder. Buka folder dan cari testdisk_win (kalau kau pakai windows).

3. Oh ya, jangan lupa cucuk dulu pendrive tu. 

4. Lepas bukak akan keluar box cmd macam ni:


5. Lepas tekan create akan keluar macam ni. Oh ya, kau tak boleh tekan mouse, cuma guna kebod je. Tekan enter dan arrow atas bawah kiri kanan.


Pilih pendrive kau tu. Takda lah dia nak tulis nama pendrive korang kat situ, tapi boleh agak la yang mana. Dah kalau kapasiti 16GB, pilih lah bawah sekali yang kapasiti dia 15GB / 14GB.

6. Lepas tekan proceed akan keluar ni pulak.


Okay kat sini sepatutnya kau tak payah susah-susah nak cari type partition, selalunya dia akan detect terus. Contoh macam aku ni terus dia detect None. Haha. Boleh baca dekat hint tu haa.

7. Then akan keluar yang suruh kau pilih nak buat apa. Pilih Advance dan tekan enter.


8. Memandangkan ada satu option je, so select je dan pastikan button bawah tu pada button undelete.


9. Dan tertera lah file-file yang pernah di delete sebelum ini. Macam aku ni sikit jela sebab ni pendrive opis aku rembat kejap. Tak produktif betul dorang ni. Donlod la movie ke apa ke.


Okay select file mana yang kau nak recover, lepastu tekan c. 

9. Bila dia suruh kau pilih folder mana ko nak campak file tu, kau campak je dulu dalam folder testdisk tu sendiri. Lepastu tekan c lagi sekali.


Time ni bila kau bukak folder tu, akan tertera la file-file yang kau dah recover tadi. Tamat.



Pernah jadi pada bos aku, tapi bukan kes delete file, dia punya pendrive pulak corrupt. kelam kabut dia sebab semua dokumen penting ada dalam tu, dan dia bukan jenis buat backup. Tak reti mungkin. 

Maka, nombor extention aku terus ditekan untuk minta bantuan. Alhamdulillah berjaya diselamatkan segala isi-isi penting dalam tu. Agak confidential untuk ditunjukkan kepada aku, tapi dia tengah panik, dia peduli apa. 

Software yang aku gunakan masih sama cuma cara lain sikit. Sorry tak dapat tunjuk sekarang sebab takda pendrive corrupt yang boleh aku rembat.

K dah.

Ditulis Oleh : Makteh // 1:56:00 PG
Kategori:

0 komen:

Catat Ulasan

Komen

 
maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.