Nikmati cuti yang ada.

khamis..

hari ini exam last paper. jadi kamu rasa apa yang aku rasa sekarang? ye! betul! aku rasa malas. sebab kena kemas bilik. selalunya bilik aku bertemakan tongkang pecah. tetapi sejak duduk di UKM, tak dapat aku menggunakan tema tersebut lagi. dan kini kalau aku balik rumah pun, tema bilik aku tersebut telah ditukar kepada tema muzikal komedi.

jadi malam ini tak dapatlah aku berfoya-foya di Mid Valley dengan menggunakan duit PTPTN. sabtu ini maka akan terbanglah aku ke tanah air aku iaitu di tempat Maria Carey harap dia dilahirkan, Selangor. walaupun aku tidak terbang dengan menggunakan kapal terbang ataupun berpaut di belakang Superman, tetapi sepanjang perjalanan aku akan mendepakan tangan seolah-olah aku sedang terbang. tetapi aku sudah menjangkakan pasti ramai yang akan mengada-ngada menekan hon dengan tujuan membuat aku terkejut sehingga terjun dari kereta. maka aku sudah menyediakan langkah keselamatan iaitu dengan membawa sekali hon penjual putumayam. jadi bolehlah aku melawan dan menjadi budak biadab sebentar.

ahad..


dan hari ini aku sudah berada di rumah aku yang masih kekal warna cat orennya, bilik yang aku conteng menggunakan poster colour masih belum dianiayai oleh sesiapa yang cemburu, tetapi cadar bilik aku yang dahulunya umpama katil perkahwinan kini sudah bertukar ke cadar orang yang sudah bercerai.

aku berharap cuti selama lima minggu ini dapat aku gunakan untuk membalas dendam. dendam kerana lambat tidur, dendam kerana cepat bangun, dendam kerana mandi awal, dendam kerana makanan mahal, dendam kerana tidak menonton cerekarama, dendam kerana mencuci baju menggunakan tangan dan dendam kerana internet yang suka berubah menjadi kura-kura dengan sesuka hatinya.

maka dengan itu, kepada sesiapa yang masih dan pernah terperangkap di dalam Kepulauan UKM, hargailah masa anda dengan sebaik-baiknya. janganlah di waktu cuti ini kita membuat aktiviti yang sering mendapat keluhan orang ramai seperti membaca buku biofizik, menekan-nekan nombor di kalkulator, ke kelas tutor di waktu petang yang selalunya di waktu tidur kita, memakai pakaian formal, kasut kulit yang telah dikiwi, ataupun memakai kad matriks.

akhir kata, happy holiday~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.