Macam mana nak study macam ni!

semangat aku membara-bara pada minggu ini. bukan sebab aku suka exam. tapi sebab exam dah nak habis. siapalah yang tak suka kalau dapat pergi tengok wayang dekat Mid Valley tanpa perlu memikirkan "haishh..subjek ni aku tak baca lagi. exam nanti keluar ape ye?", ataupun bersusah payah kena baca mesej yang tidak dialu-alukan dari seorang kawan yang sentiasa buat orang menyampah macam "untuk next paper masuk bab 12, 4, 89..jangan lupa baca sekali nota yang aku bagi masa aku buat presentation haritu. aku rasa tu masuk. sebab tajuk presentation aku pun boleh tahan pentingnya tak macam tajuk korang. senang sangat!".

tinggal dua paper je lagi. tahap kestressan dah makin kerbau kebah. macam demam tu. kalau koma pun dah boleh sedar balik itu pun kalau tak ada sesiapa yang cuba unplug alat sokongan nyawa tu. sesiapa yang lupa cara-cara nak senyum sepanjang musim exam pun dinasihatkan untuk kembali senyum. yang ada kedut-kedut kat muka sebab tension exam pun dah boleh licin balik kulitnya macam pakai SimplySiah Simply Siti.

tengah aku khusyuk study macam orang yang sangat educated nak dapatkan pointer tinggi dengan Kakashi di foyer FSSK, tetiba macam ada hasutan syaitan suruh aku jangan study lagi tapi suruh tengok keadaan sekeliling. nampak ada cahaya lampu kereta. seorang pakcik keluar. tengah usha-usha sepanjang foyer tu sambil tunggu anak-anak dia.

tak tahu kenapa mata aku dengan Kakashi memang tertarik nak pandang macamlah pakcik tu pakai kostum Nobita. lepas tu anak-anak perempuan dia keluar. seorang tinggi seorang rendah. yang tinggi tu okay. macam orang normal. tapi yang lagi sorang tu.......

keluar je dari kereta, beliau terus jalan terkangkang macam orang baru lepas bersalin, kalau lelaki macam baru lepas kena buasir puaka. melopong aku dengan Kakashi tengok beliau. beberapa langkah beliau jalan dengan cara ketam macam tu, entah apa yang menghasut beliau, beliau toleh belakang dan semestinya akan terus nampak muka kami yang berkerut-kerut macam tengah menyelesaikan soalan add math. terus meledak tawa beliau dan berlari dengan harapan dapat menyorok dari pandangan kami. tetapi gagal...

mati-mati aku dengan Kakashi ingat dia memang sakit, rupa-rupanya sengaja jalan macam tu. nak buat lawak agaknya. tahniah! lawak anda memang menjadi. tak boleh study aku dibuatnya sebab ketawa tak hengatt~

tengah aku baca nota untuk next exam, aku terus ketawa macam ada seribu tangan geletek kaki aku. puas Kakashi menenangkan aku dari sindrom berkenaan. baru hari ini aku berjaya jugak berhenti gelak.

p/s: kepada cik yang berkenaan, sila jangan buat macam tu lagi masa orang tengah study.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.