laman sesawang

sampai sekarang aku masih tak tahu kenapa dalam banyak-banyak sarang, sarang labah-labah jugak manusia pilih untuk menamakan laman-laman yang ada kat internet ni. selalunya iklan-iklan di tv akan sebut "sila lawati laman sesawang yang berkenaan". selalunya memang dalam tv je yang pakai word laman sesawang ni. nak tunjukkan bahawa bahasa jiwa bangsa (tapi bila dalam drama, berucap, bergaduh, bertengkor pakai bahasa Inggeris pulak)

pernah dengar orang cakap "ko jangan lupe baca tulisan aku kat laman sesawang blog aku tau". tak ada punya. kalau ada gerenti kena bahan seumur hidup. mungkin lepas meninggal dunia pon, keluarga dan anak-anaknya menjadi mangsa. manusia ni kalau membahan pun boleh tahan. sampai melekat untuk tujuh keturunan individu yang menjadi mangsa. elok-elok nama orang Ahmad Leman boleh bertukar jadi Leman Laman Sesawang.

semuanya sebab laman sesawang itu telah diterjemahkan dari bahasa inggeris iaitu website. disebabkan dalam bahasa melayu site itu adalah laman, web itu adalah sesawang, jadilah laman sesawang (sesawang laman pon boleh). sangat google translate....

sebenarnya itu bukan isu besar sangat sampai perlu dibawa ke parlimen. lepas ni pun tak payah nak poyo sangat bercakap dengan aku pakai laman sesawang bagai...walaupun entry ni aku yang buat. tak payah nak perli sangat la kan.

6 ulasan:

  1. hee . adoi , kelakar lah entry ni , lala (:

    BalasPadam
  2. klu xlwk,bukan makteh namanye.maybe makteh ais kurang manis

    BalasPadam
  3. sue - hihi..xde la..biasa je.

    faz - makteh ais kurg manis?

    fareez - thanks. tp hal merepek jela smua ni

    =)

    BalasPadam
  4. hahhaa...mmg lawak laaa...tp bnd nih ader gak btulnyer...

    BalasPadam
  5. irna - hahaa..yela mmg btol pon kan!

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.