Tragedi tersasul yang pasti diingati.

disebabkan arus pemodenan yang pesat kebanyakan perkataan susah difahami dan diingati oleh warga-warga yang kerap kali menggelarkan diri mereka 'kanak-kanak dahulukala'. ada perkataan yang difahami tetapi susah diingati.

biasalah era sekarang ni mat-mat motor pakai motor yang boleh jalan guna satu tayar, mat-mat kereta pakai enjin kereta yang bising, sesetengah jiran guna enjin kereta tu untuk jadi alarm kejut bangun tidur, kasut semuanya jenama buaya, kalau biawak dipandang sebelah mata je, etc etc. kau faham-faham sendirilah.

abang sulung aku yang aku panggil 'A.L.O.N.G along!' telah menggantikan enjin keretanya dengan enjin 'turbo'. mak aku faham makna turbo tu, tapi tak tentu lagi boleh ingat. kalau mak aku ingat, kita semua kena ucap 'alhamdulillah'. tapi kalau tak ingat, bersiap sedialah perut sendiri untuk mengalami krem usus.

dan kali ini, siap sedia semua untuk kemungkinan yang kedua itu......

insiden pertama :
pada satu petang yang indah permai tanpa ada ayam yang cuba membunuh diri, mak aku pun bercerita tentang along yang tukar enjin kereta tu pada pakcik dan makcik aku yang datang ke rumah untuk bersiar-siar memerhatikan alam semesta yang harmoni ini. tapi agak berlainan ceritanya...mari sama-sama kita saksikan.

sila klik link video ini


Post comment


















teeettt! tipu saja. tiada video. aku sangat gembira kerana berjaya kenakan kamu semua. aku akan tuliskan dialognya saja...

mak: si along dah tukar enjin kereta dah..
pak anjang: enjin ape?
mak: enjin kereta diee..
pak anjang: yela enjin ape?
mak: ape namenye yerr...bo?..tu?..ape? haa! enjin buto!
pak anjang & abah: turbo!!
mak: haaa tu lah nak cakap tadi..turbo..tercakap buto pulak..
semua yang ada di situ (termasuk aku yang tengah skodeng balik tingkap): HAHAHAHAHA!!!!

insiden kedua:
kami baru je balik dari Nilai 3, Negeri 9 sebab beli barang-barang keperluan untuk hantaran pertunangan. begitu banyak dulang-dulang hantaran. berkilau-kilauan cahayanya. keemas-emasan warnanya, ngada-ngadalah aku tulis macam nih. jadi ada satu dulang nih, aku tak pasti mak nak letak apa. jadi aku pun tanya pada mak aku.

aku: mak, yang ni nak isi apa mak??
mak: ala...ape tuh..yang ko cakap tuh..
aku: ape die?
mak: ala yang macam kek tuh..ape die? cipan?
aku: muffin!!
mak: haa muffin..tu tempat muffin < cakap dengan selamber macam tak tahu makna cipan tu apa.
aku: HAHAHAHA!!! ade ke cipan..

cubalah kamu fikir..cipan dijadikan hantaran?

jadi aku ingin bertanya sekali lagi...salah siapa? siapa salah? lidah atau tuan punya lidah?

5 ulasan:

  1. hahahahhahaha
    xley blah laaa..krem usus!
    hahahaha

    BalasPadam
  2. hahaha najla, ko ni memang la, dah la tipu aku ada video!!, aku punya la tekan.hahaha lawak tol cite ni

    BalasPadam
  3. haha faz!bjya gak aku kenekan ko!

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.