You can follow me. But please don't follow to close. I love to brake emergency

Cara dapatkan Photoshop CS6 bersama serial key


Bagi kaki editing mesti tengah gigih cari photoshop secara percuma sebab masing-masing kedekut keluar duit beli ori. Yela mahal nak mampos kot.

Aku pon dulu berapa lama pakai Paint buat editing, gigih cari photoshop free tapi selalunya semua trial sebulan. Pakai paint tu, kau jangan main-main dengan kesabaran aku. So kepada pakwe-pakwe, masuklah meminang aku kerana aku penyabar.

Okay malas bebel panjang. Dekat sini aku share photoshop cs6 bersama serial key. Ofkos la apa yang kita buat ni tidak legal, so kalau rasa-rasa nampak muka aku kena masuk lokap sebab share benda ni, tolong la ramai-ramai kumpul duit ikat jamin aku.

Photoshop CS6

Link ni aku share daripada google drive aku. So just tekan download anyway, insyaallah takda virus. Kalau ada mungkin virus demam jela sikit. Ada dua file setup dekat situ. Download salah satu sebab sama je dua-dua. Apa gila aku upload dua kali pon tak tahu.

Serial key: 8MEH-RU7JQ-ACDRM-MQEPR-G3S23-FEMBR-ACED

Serial key ni kau kena cepat. Kalau lambat kena block lepastu kena carik lain pulak. So, jangan buat aku berkata padan muka pada kau.

Lepastu install la, masukkan serial key. Takkan install pun tak reti aku pukul kau nanti.

Just in case kau newbie, ok la fine, komen jela kat bawah cara nak install macam mana. Nanti aku ajar.

Setakat ni aku pakai okay lah tak ada masalah sangat. Sebijik macam yang legal punya. Cuma ada problem pada file yang kau save, icon PSD tu corrupt. Icon je, file tu okay. So kalau nak bukak, kau bukak dlu PSD, baru open file tu. Setel.

Cara nak tahu password yang dah di 'remember'

Kebiasaannya bila itu laptop kita, PC kita, akaun kita dan bukan milik orang lain, kita akan lebih suka tekan 'save password' dan 'remember me' bila login dalam mana-mana akaun. Dan selalunya bila nak login lagi lain kali, username dengan password dah tersiap sedia dan cuma tinggal tekan login je. Jenis-jenis pemalas macam aku memang akan terima offer 'remember password' yang selalu disarankan Google Chrome. Yang bongok saja akan remember password bila login di cyber cafe.

Tapi kalau kau ada roomate yang jipake suka menganiaya dan post status memalukan kau, aku sarankan kau jangan save password. Kita tak tahu bila kali terakhir kita akan berkawan dengan dia.

Masalahnya adalah untuk jangka masa panjang. Bila dah biasa remember password, kau boleh lupa apa sebenarnya password kau tu. Entah-entah masih guna nama bekas makwe pun kau tak sedar. Jadi untuk ingat kembali macam agak sukar, bila nak login pun dia akan show dot dot dot. So macam mana kau nak tahu password kau apa sebenarnya? Kau nak login dekat device lain pun tak boleh sebab dah lupa exact password yang kau guna. Dasar pelupa.

Tapi aku yakin mostly korang akan tekan forgot password untuk renew balik password yang ada. Just in case kau nak tahu jugak password sedia ada apekebenda, ini aku tunjuk cara.

Jadi aku akan ajar cara nak baca password tu. Tak payah pakai apa-apa software, tak payah belajar bahasa baru, tak payah guna tajwid yang betul ke apa. Contoh yang akan aku gunakan adalah akaun Facebook yang telah diremember passwordnya.

* Kalau rasa gambar kecik sangat, tekan je gambar ni. Jangan malas. Tolong.



1. Ini akaun yang dah siap ada email dan password. Selalunya bila bukak terus tekan login je. Jadi niat kau dekat sini nak tahu apa jadah password yang kau tulis beberapa dekad yang lalu.




2. Kau select semua password tu -- tekan right klik -- klik inspect element.


3. Box elements akan keluar. Kadang-kadang muncul dekat tepi, kadang-kadang dari bawah. Jadi automatik dia akan fokus pada bahagian password yang kau highlight tadi. Dia akan bold siap-siap warna kelabu macam dalam gambar ni. Jadi dekat situ lah area untuk kau nak permainkan kejap lagi. Tak payah gatal tangan usik mende lain. Sekarang fokus pada word 'type= "password" yang ada dekat situ.


4. Kau double klik dekat word 'password' tu. Otomatik dia akan boleh di edit. Jadi sekarang, perkataan 'password' tu kau tukar kepada perkataan 'text'. Jangan kau bantai tulis bahasa melayu pulak. Lepas tulis tekan enter.


5. Lepas je tekan enter, automatik dot dot dot untuk password tu akan bertukar jadi huruf. Sekarang kau boleh tahu password nokharom apa yang pernah kau pilih untuk disemadikan di situ.

Senang je kan? Tapi benda alah ni kalau kau refresh dia akan kembali ke asal. Buat sementara waktu nak usha-usha detail boleh lah. Selalu aku akan usha jenis font apa yang dia guna sebab nak buat editing. 

Boleh guna apa je jenis akaun yang kau ada untuk usha password. Jangan buat pedajal dekat member sudah. Merangkak kau nanti nak carik dia di padang matsirat. Dah la tengah panas sekarang.

Kalau ada apa-apa tak faham, pm aku dekat facebook. Kata laluan "Najlopa comel, tolong saya" baru aku balas. Aku serius ni.


Cara nak buang sekatan website yang kena blocked.

UPDATE 2016: SORRY GENG. AKU RASA JALAN-JALAN NOKHAROM KAT BAWAH NI DAH TAK BOLEH PAKAI LA. DEMMIT. NANTI AKU UPDATE LAIN.

Hari ini rasa macam nak buat entry berilmiah sikit memandangkan GST semakin hampir. Jadi kena naikkan sikit kebijaksanaan.

Padahal sekarang ni aku tengah bengang sebab tak dapat berfacebook. Aku bosan sebab kerja dah siap, jadi untuk mengisi masa lapang dan nampak busy menaip supaya tak disyaki bos, terpaksa aku update blog ini. Sekurang-kurangnya orang akan fikir aku sangat busy membuat kerja.

Kali ini aku akan berkongsi tips untuk unblock website yang dah di blocked. Atau dalam bahasa google translate "membuang sekatan laman web disekat". Jadah apa itu.

1 - Cek dulu sama ada website tu tengah down atau tak.

Sebelum memaki hamun dan berbuat dosa menghina, lebih baik kita cek dulu sama ada web yang kita nak bukak tu memang tengah available atau tengah down sebab maintenance. Entah tengah buat construction ke hape kau sedap-sedap nak memaki.

Cara paling senang kau pergi ke sini - http://downforeveryoneorjustme.com/
Masukkan website URL yang kau teringin sangat nak jenguk tu. Dengan pantas dia akan bagitahu keputusan. Kalau website tu memang tengah down dia akan kata 'down untuk semua orang.' Kalau kena block dia tulis 'Its just you. Haha. Padan muka'. Lebih kurang lah. Sebagai contoh yang jadi kat aku:


2 - Tukar sikit HTTP dengan HTTPS tu.

Sebagai keselamatan aku nak bagi tahu http tu bukan singkatan untuk ayat mengorat ke apa. Selain bawak mengucap, bawak-bawak jugaklah tambah 's' pada http websites tu. Sebagai contoh 'https://www.facebook.com' mungkin boleh di akses memandangkan yang kena block cuma 'http://www.facebook.com'. Term https tu mewakili secure connection sebenarnya, http pulak cuma versi unencrypted untuk URL tu. Kalau tak paham carik sendiri kat google lah malas aku nak terang.

3 - Kita try plak Internet Options.

Kalau cubaan kedua tadi gagal, jangan risau sebab banyak lagi jalan noharom kita boleh ikot. Antaranya guna internet options yang ada dalam komputer. Pergi Control Panel > Network and Internet > Internet Options > Security > Restricted Websites > Sites.

Dah bukak, cekidot kot-kot websites yang ko nak bukak tu ada list kat situ ke hape. Kalau ada apa lagi, lakukan kegiatan kurang bermoral sikit dengan klik URL tu and tekan remove. Lepastu dia akan tanya dulu "ko pasti ke ni nak remove?', ko tekan OK. Barulah kau boleh berjimba tanpa memikirkan masa depan dekat web tercinta kau tu.

4 - Guna khidmat Pacik Google Translate.

Ini cara paling mudah untuk view website yang kena block. Walaupun khidmat google translate agak menyakitkan hati, tapi kadang-kadang kita boleh salah gunakan khidmat dia sikit. Caranya bukak google translate > Pilih apa-apa bahasa asalkan bukan Detect language > tulis URL website > Tukar kepada bahasa English > klik link. Sebagai contoh:



Ini contoh hasil kelakuan tidak bermoral tadi:




5 - Gagal lagi? Takpa, IP address ada.

Sebagai manusia noob, kadang-kadang kita tak tahu yang admin boleh edit host file untuk block facebook. So dengan hati yang takbur mungkin dia dah masukkan domain website tu dalam block list kat host file. Kita jangan kalah, kita pakai IP address pulak untuk bukak websites selain dari guna domain address tu. Malas aku nak membebel banyak-banyak. Ikut je step aku bagi ni, jangan banyak cakap.

Tekan Win + R. Nanti keluar command box. Lepas tu masukkan ni > ping website.com -t . Aku memang tak yakin ko paham so aku selitkan contoh:


Lepastu nanti keluar command prompt, dia akan tunjuk IP address untuk website tu.


Lepas dapat IP adress, ape lagi, copy then letak kat browser bar, tekan enter. 

6 - Jalan Terakhir..

Kalau gagal jugak setelah banyak kali mencuba, kita pergi cari orang yang bertanggungjawab, ugut dia, suruh unblock balik website tu atau kita culik anak kucing dia. Kalau rasa kasar sangat, hipokrit sikit dengan menunjukkan akhlak mulia supaya dia rasa terharu. Atau ikot cara sendiri mana-mana suka. Yang penting jangan sampai berlaku pertumpahan darah dan sampai masuk lokap.

Bila dah berjaya, bolehlah kita berlagak dengan kawan-kawan.

Setakat ni ini jela step yang aku boleh bagi. Sila tegur kalau aku bagi salah info dan ajaran sesat. K bai.

Baca terus nombor 10 kalau taknak meluat..

1. Semua orang tahu bahawa gua memang sopan apabila memandu kereta.

2. Sengaja gua nak padankan dengan sifat sopan santun yang gua ada kadang-kadang.

3. Sebagai anak yang tak lupa daratan, minggu lepas gua balik kampung.

4. Sepanjang perjalanan, ada satu jalan berlingkar-lingkar sebijik macam litar F1.

5. Setiap kali gua lalu, sifat sopan santun hilang entah ke mana.

6. Secara automatik, kereta Vavi bertukar menjadi Nissan GTR yang menggunakan enjin standard V6 3.8 Liter 550 kuasa kuda.

7. Tengah feeling-feeling jadi Bryan O'Conner, ada satu kereta wira main cucuk-cucuk rapat pulak dengan bumper kereta gua.

8. Dia punya rapat macam nak mengorat.

9. Terus gua memperlahankan kereta, nak suruh dia bersabar. Kalau gua makin laju mau keluar paper 'Gadis menyerupai Bryan O'Conner masuk gaung'. Lagipun kawasan memotong tak jauh di hadapan. Murni sungguh niat gua itu.

10. Err maafkan gua. Gua dah lupa nak cerita pasal apa. Dah dua tahun gua jadikan draft entry ni.

11. Kbai.

Kaki mengigau

1. Bermulanya detik ketika otak aku sudah boleh digunakan, iaitu ketika berumur 4 5 tahun, aku kerap mengigau.


2. Tak tahu lah setan mana yang suka kacau aku malam-malam. Nak ajak main masak-masak ke apa aku tak tahu.

3. Mengigau aku bukannya macam igauan seorang gadis kepada pakwenya, tapi mengigau ketika tidur seperti cerita Insidious. Bezanya aku tak dihantui hantu durjana seperti filem itu.

4. Mak abah kata daripada aku kecik memang aku kerap mengigau. Ada yang aku sedar, ada yang aku tak sedar. Kalau part yang tak sedar, abang aku akan ketawakan aku esok paginya dan memperlekehkan aku. Taktik ini membolehkan dia mereka-reka cerita walaupun aku tak mengigau.

5. Tapi kalau part yang aku sedar aku mengigau, aku siap boleh cakap "aku tengah mengigau ni". Epic tak epic aku cakap kat kau.

6. Pernah sekali aku mengigau, time tu aku sekolah rendah lagi. aku bangun-bangun terus mencangkung lipat selimut. Abah, mak, abang aku yang still belum tidur lagi waktu tu terkejut. Abah kata "ni dah kenapa ni lipat selimut? pergi tidur". Pandai pulak tu aku jalan dulu sampai depan pintu baru lipat. Lipat jelah dalam bilik tu bukannya tak boleh! Ni dah jadi kes riak.

7. Nasib baik itu jenis mengigau sedar, lepas setel lipat, aku sedar aku tengah mengigau, terus aku masuk tidur balik. Tak guna betul. Hantu mana pulak kacau aku ni. Ini mesti yang jenis suka lipat kain. Dalam banyak-banyak kes mengigau mungkin ini yang mak redho sikit sebab aku jadi rajin.

8. Disebabkan dulu mak berniaga kelapa parut pagi-pagi, so selalunya abah akan kupas kelapa malam-malam untuk mak parutkan esok paginya. Tak sedar bila aku bangun, sedar-sedar aku dah bersila depan abah yang tengah kupas kelapa waktu malam tu. Yang paling epic, aku boleh bersila dekat tumpahnya air kelapa yang abah kupas. Terkejut abah aku waktu tu. Terus dia suruh aku bangun sebab kotor.

9. Sejurus dari tu, aku terus sedar aku tengah mengigau tapi separuh sedar lagi. Terus aku baca bismillah banyak-banyak supaya dapat sedarkan diri sepenuhnya. Sebab tu lah sekarang aku menjadi insan yang sedar diri.

10. Pernah sekali aku mengigau, sedar-sedar aku tengah tenung satu pokok besar dekat luar rumah. Pokok tu tak ada isu hantu pun selama ni. Tapi tak tahu lah apa kejadahnya aku main tenung-tenung dengan dia. Kalau tengah lawan kelip mata, gerenti aku menang lawan pokok tu.

11. Kalau yang sedar pun dah macam tu, belum lagi part yang aku tak sedar. Abang aku cerita pernah sekali aku mengigau, aku mengetuk-ngetuk pintu almari umpama jabatan agama islam ketuk pintu hotel. Aku ketuk sambil menjerit nama sepupu aku "dayah tunggu kite dayah!". Tak tahu lah aku mimpi apa. Mungkin mimpi kena tinggal naik kereta sorong yang disorong oleh Pak Itam.

Kalau dulu dah ada henpon yang boleh main rekod-rekod video ni, nescaya aku sudah glemer di Youtube sebab dah sah kameraman official yakni abang aku dah upload dekat sana.

Bagus juga dilahirkan di zaman kanak-kanak masih gemar bermain tingting dan batu seremban.






Sambung study: Imaginasi dan realiti

Entry ini agak panjang. Kalau taknak menyesal, baca. Kalau nak menyesal, baca.

Ketika aku masih kecil, aku ingatkan yang aku takkan masuk universiti dan mungkin akan terus menjadi buruh kasar lepas SPM. Ini semua gara-gara iklan dan drama melayu yang stereotaip dengan budak yang tak suka baca buku. Sejak daripada tu, aku rajin baca Ujang.


Lama-lama bila dah besar, dah tahu SPM tu apa dan tahu tahap baran mak aku macam mana, aku mula risau kalau tak dapat sambung belajar. So aku teruskan baca Ujang. Lepat dengan Manggis ni menjadi-jadi pulak lawak dia.

Orang kata kalau dah masuk form 6 ni maksudnya sebelah kaki dah masuk universiti. So aku teruskanlah ambil form 6. Kalau tak ada rezeki, paling tak pun aku boleh cerita kat anak-anak aku yang kaki kanan aku ni penah masuk universiti. Tak adalah malu sangat.

Rezeki Allah dah tentukan, United Kingdom of Malaysia (UKM) terima jugak. Macam mana pun bila dua-dua belah kaki dah dapat jejak universiti, aku kenalah tukar cara hidup aku.

Hidup di universiti ini memang lebih mencabar. Tapi tak tahulah mana satu, sama ada aku tercabar hidup dalam universiti atau universiti yang tercabar aku hidup dalam dia.



1. Layan tengok movie.
Sebelum melangkah kaki ke UKM aku dah slow talk dengan TV aku, aku cakap yang aku takkan tinggal tengok shin chan dan doraemon tiap-tiap minggu. Tapi hakikatnya bila dah mula belajar, masing-masing macam malas nak pergi tengok TV dekat ruang tamu kolej sebab wifi free membolehkan download haram dilakukan dengan bermaharajalela. Nak ON kan TV tu pon kadang-kadang aku failed. Garu kepala kenapa remote ni tanak dengar kata, rupanya plug TV mak aku guna untuk vakuum.

2. Schedule waktu tidur.

Kalau aku seekor hantu, nescaya akulah hantu yang paling malas merasuk orang. Kerana aku adalah hantu tidur sejak aku bayi (yang ini adalah kisah benar). Tapi bila dah masuk U, kenalah ubah gaya hidup jadi bidadari.
Bangun subuh, study, sarapan, jogging, pergi kelas. Tapi hakikatnya kelas aku banyak petang dan kadang-kadang kelas batal. Daripada bangun lewat pagi, jadi bangun tengahari sebab selalunya pukul 3 4 pagi baru tidur sebab baca novel tidak berilmiah atau mengorat pakwe. Elok nak ubah jadi bidadari tersalah ubah menjadi toyol pula.


3. Bahagikan waktu belajar dan main game.
Aku memang suka main game. Game yang aku paling legend adalah game Solitaire. Kau ingat mudah nak carik kad yang betul. Kalau dalam 5 jam aku study, 4 jam setengah aku main game atau sedang membaca gosip. 
Tak boleh salahkan aku, sedang elok aku buat carian dekat google 'Teori Komunikasi', sekali keluar link 'David Teo makan nasi goreng kantonis basi'. Nak buat macam mana, kena lah aku baca jugak. Pensyarah kata budak media kena tahu isu semasa. Bila habis baca gosip, masa study dah habis. Tak dapat lah aku sambung study macam ni. Jadi aku sambung main game. Nampaknya usaha aku seimbangkan study dengan game gagal.


4. Join aktiviti luar.

Sebelum aku sambung belajar, bukannya aku tak ada aktiviti luar. Ada. Contohnya angkat kain jemuran, petik cili api, bagi itik makan, dikejar angsa dan pelbagai aktiviti bersama haiwan lain. Apa jua aktiviti yang memerlukan aku memakai selipar dikategorikan sebagai aktiviti luar. Bila masuk U, aku ingat nak join pertubuhan yang ada rekreasi sebab aku suka aktiviti panjat memanjat. So jangan terkejut kalau tengok aku tidur atas kipas siling. 
Sekali tersalah masuk pertubuhan, tak pasal-pasal kena join demonstrasi. Tapi aku bawak papan sepanduk kosong je sebagai backup. Kalau-kalau polis datang boleh lah aku terus tulis "Otak-otak dijual di sini". Sekurang-kurangnya aku terselamat masuk lokap. At last rupa-rupanya bukan demonstrasi, tapi pergi merewang kenduri kahwin member pertubuhan. Papan sepanduk tu terus aku tukar "Makanan percuma sehingga 4.00 petang" dengan "Dilarang tapau". Tak adalah malu sangat. Nokharom siapa yang tipu aku.

5. Nak belajar rerajin.
Disebabkan aku ni tak lah pandai mana dan ilmu itu bukannya bola bowling yang datang bergolek, jadi aku kena lah rajin sikit. Tapi disebabkan point yang aku bagitahu nombor 2 tadi, rasanya korang tahu apa jadi. Boleh pulak sem 2 kelas banyak pagi. Itulah sebab utama kenapa muka aku menjadi ilham kepada mekap artis untuk mekap karakter zombie. Daripada nak kekalkan imej jelitawan, tertukar imej sawan. Setiap kali aku nak study mesti mata aku tak setuju. Baru buka isi kandungan aku dah mula menguap. 

6. Malas nak mencari jodoh.
Yang ini sebenarnya tak ada dalam wishlist. Tapi disebabkan kemajuan pertembungan genetik, ramai pula yang seiras lelaki tampan. Kadang-kadang nak jugak menyapa "hai, rupa awak ni macam saya kenal. macam rupa jodoh saya". Tapi tak payah lah. Nanti kecik hati bakal suami aku yang belum datang lagi waktu tu.

Hakikatnya apa yang aku gambarkan sebelum masuk U adalah berbeza dengan apa yang sebenarnya terjadi bila aku masuk U. Mungkin juga ini hanya terjadi pada aku sahaja kerana selalunya aku mengikut masa Amerika.











Teh ais pon boleh hilang!

1. Lama betul aku merenung skrin komputer ni. Kalau dia ada perasaan mesti dah malu-malu sebab ingat aku nak mengorat.

2. Aku lama merenung sebab tak tahu nak buat intro macam mana. Tapi disebabkan dah ada intro kat atas ni, tak payah lah aku berfikir lagi.

3. Sebab utama blog ini tidak terupdate lama kerana setiap kali ada perkara best untuk diupdate, aku akan lupa keesokan paginya. Dan yang paling teruk, aku lupa password blog ini. Sebab itu aku bercadang untuk membeli Enfagrow A+ bagi membolehkan sel-sel otak berhubung kembali.

4. Minggu lepas, dengan rasa jelitanya aku telah pergi ke sebuah food court di Shah Alam. Sebuah gerai telah berjaya menggoda aku dengan lambakan kacang botolnya ditambah pula sambal belacan di sebelahnya.

5. Jadi jika suatu hari nanti aku lupa diri dan berlagak seperti Emma Watson, tunjukkan saja dua benda itu, nescaya aku akan bertukar menjadi anak jawa kembali.

6. Disebabkan orang yang ramai, jadi aku memutuskan untuk duduk dulu di meja sementara tunggu orang reda sikit. Sekurang-kurangnya kerakusan aku mengambil makanan dapat disembunyikan.

7. Sambil tunggu, aku minum sikit air teh ais. Bila tengok orang reda sikit, aku pun bangun untuk ambil makanan sambil meninggalkan air teh ais ku bersendirian di meja. Taktik ini juga digunakan untuk cop meja.

8. Lepas berpuas hati dengan lauk-lauk yang aku ambil, berbekalkan wajah jelita aku ingin kembali ke meja tadi.

9. Seperti dipukau, aku seperti hilang arah kerana meja yang dicari tak jumpa sebab tak nampak kelibat air teh ais aku tadi. Wajah jelita berubah menjadi wajah bebal. Takkan baru tinggal kejap dah merajuk.

10. Tapi aku yakin bukan sebab staff clear meja sebab air tu banyak lagi.

11. Lalu brader yang kerja situ pun tanya kenapa, dengan sopan santunnya aku menjawab "err nampak tak meja yang ada teh ais tadi?". Aku yakin dia paham maksud aku sebab dia yang ambik order air and dia nampak aku duduk.

12. Lalu kami pun memandang satu sama lain, kemudian memandang meja di sebelah kami. Cantik punya ada couple tengah duduk situ dan menjadikan air teh ais aku tadi kepunyaan pakwe dia.

13. Lagi sekali kami memandang satu sama lain, terdiam. Kami pun berbisik, aku cakap "err macam mana ni ye". Brader tu pun dengan machonya cakap "tak apa, saya buat lain". Tak payah tanya macam mana muka kami berdua waktu perati kan couple tu.

14. Mula-mula memang aku nak tegur, cakap tu air aku and aku dah minum sikit, tapi disebabkan makwe dia dah mula curik air batu dari teh ais tu, jadi aku batalkan niat dan mencari meja lain.

15. Tak lama kemudian ada seorang makcik hantar air teh ais yang baru, senyum-senyum bagi hint yang dia tahu apa jadi.

16. Mengikut kajian aku, ia mungkin disebabkan pakwe dia order air yang sama and ingat air dia dah sampai dulu masa dia ambil makanan. Sebab tu rilek je rampas kawasan.

17. Takkanlah aku nak mengamuk, nanti famous pulak masuk facebook "perempuan mengamuk teh ais dirampas dengan kejam".

18. Tahu-tahu sajalah media sosial sekarang. Suka exaggerate.

19. Time balik lupa pulak aku nak singgah kat meja mereka dan berkata "mintak halal ye". Aku yakin mereka akan update status facebook lepastu.

20. Okbai.






Kacang Cap Ngan Yin

sejak beberapa menjak ini, baru aku menyedari yang aku mempunyai blog.
aku terlupa. selama ini aku menulis segalanya di satu tempat yang tidak dapat dicapai oleh sesiapa pun iaitu dalam kepala otak aku.
ya. aku mempunyai otak walaupun ramai menafikannya. tak guna.

kini aku sudah bekerjaya walaupun kadang kala terasa seperti hamba. tidak mengapa. jagalah kau di akhirat nanti.

ketika aku sedang leka mengemas barang, terlihat oleh aku kacang cap ngan nyin iaitu kacang cap ibu jari.
kacang yang ajaib. habis dengan tiba-tiba ketika leka menonton televisyen. aku tidak tahu siapa yang memakannya.

namun, kacang itu membuat aku tertawa sendirian seperti orang gila. bukan kerana ia menyertai maharajalawak. tetapi kisah disebaliknya.

pernah suatu ketika dahulu ketika hatiku masih suci tanpa kata-kata makian seperti hari ini, mak menelefon untuk bertanyakan hal negara.

aku ada memberi mak buah tangan yang dibawa oleh anak angkatnya dari pantai timur, tak lain tak bukan keropok ikan.

mak: La, keropok ni betul ke buat dari ikan?

aku: betul lah dari ikan habis tu dari apa lagi..

mak: ooo bukan dibuat daripada naga? mak tengok gambar depan dia ni naga..entah-entah dibuat dari naga kot..

aku sudah tertawa sendirian.

aku: Laaaa...dibuat dari ikan la mak. naga tu gambar depan aje...abes tu kacang cap ibu jari tu takkan dibuat dari ibu jari kot..

mak: hahaha..betul jugak tu..haa ok lah.

tertanya-tanya juga aku, betulkah naga pernah menari sehingga setiap tahun baru ada tarian naga? suka hati betul naga itu. mesti lulus SPM.

Manusia Pelik

Aku masih terus bernafas walaupun suasana di sini berjerebu seperti dalam filem seram. Sekurang-kurangnya aku ada alasan jika nafas berbau.

Setelah beberapa lama duduk merenung alam semulajadi, aku merasakan bahawa manusia ini semakin pelik.

Orang sibuk cipta telefon pintar, kereta pintar dan gajet-gajet pintar yang lain. mungkin kerana mereka sedar bahawa adalah mustahil untuk mencipta manusia pintar.

Harus diingatkan aku juga adalah manusia yang berbicara tentang manusia. Aku bukannya binatang yang sedang menaip sambil makan frieskes.

Biar aku terangkan betapa peliknya manusia ini:

1. Jika pasangan itu sedang bergaduh, aku tidak faham mengapa mereka terus menukar status hubungan di Facebook. Contohnya daripada In a relationship kepada Single. 

Sepanjang aku hidup di dunia ini, tak pernah pun aku tukar status menjadi 'anak yatim' bila bertekak dengan keluarga aku.

2. Jika orang lain menasihat, pasti akan ada tangan jahat yang menaip 'ustaz dan ustazah google', 'ahli syurga' dan sebagainya.

Sepanjang aku hidup, tak tahu pulak kalau nak menasihat kena lampirkan sijil SPM dengan kredit Agama Islam dapat A.

3. Pantang orang lain lebih sikit, mulalah ada anasir-anasir berhati tidak murni berusaha menjatuhkan orang tersebut. Contohnya manusia tersebut hanya memberitahu sedang makan cendol, tiba-tiba je keluar fatwa bahawa cendol boleh menyebabkan kanser dan tidak lama lagi dia akan mati.

Sepanjang aku hidup, aku percaya bahawa orang yang cuba menjatuhkan orang lain hanya kerana mereka berada di bawah mereka. Kalau dalam bahasa manusia putih, "people who try to bring you down is just because you're above them". Tak sangka aku berdarah Portugis.

4. Sampai sekarang aku tidak faham kenapa manusia suka benar upload gambar sendiri sambil memaki diri sendiri. Contohnya 'saya tidak cantik', 'saya hodoh', 'saya malulah tak comel macam awak' dan sebagainya.

Sepanjang aku hidup, aku memang suka manusia sebegini kerana dia memberi aku peluang untuk berterus terang dengan hati yang ikhlas. Tetapi malangnya aku pula yang dimaki. Apa?? Salah ke aku turut bersama dia mengutuk dirinya sendiri?

Sudahlah kalau aku bercakap banyak pun aku masih perlu untuk hidup bersama manusia-manusia pelik ini.

Babai.









Ini memang memalukan.


sila sengetkan kepala anda. padan muka.
aku tak tahu kenapa gambar di atas ini degil sangat nak dengar kata. dah rotate banyak kali pun masih sebegitu rupa. durjana sungguh.

mungkin kerana ia dapat detect niat aku untuk riak dan berlagak kepada semua kerana jaket varsiti yang aku pakai itu masih baru dan berbau keldai kedai.

tapi bukanlah berkenaan jaket itu yang ingin aku bisingkan di sini, pakai atau tidak aku masih jelita. ampunkan aku di atas keangkuhan ini.

semasa ingin mendapatkan jaket ini, begitu sadis sekali perjalanannya.
jadi dalam banyak-banyak dugaan itu, yang paling mencabar adalah ketika ingin mulakan perjalanan. ketika ingin reverse kereta keluar parking kolej iaitu di Dataran K4...

disebabkan hari itu aku merasakan aku kian educated, maka sifat keangkuhan aku menjadi-jadi. maka kunci kereta aku berikan kepada Ketam, iaitu member aku untuk membawa kereta. manakala aku, duduk di belakang sambil berlagak seperti sedang menaiki limosin.

namun, ketika ingin mengundurkan kereta, aku dapati terdapat beberapa kereta yang malang kerana mempunyai pemandu kurang ajar kerana suka hati nak parking kat mana-mana dia suka. aku tak tahu macam mana JPJ boleh luluskan lesen dia.

maka ia telah menipiskan keimanan aku sedikit ketika itu kerana mencaci maki kereta tak guna itu. kemudian aku beristigfar semula. apa nak jadi anak encik Ismail ini.

disebabkan kereta Vavi yang dibawa itu memang direka untuk dibuat kereta langgar kerana tiada sensor belakang, maka agak susah untuk mengundurkan kereta tanpa melanggar mana-mana kereta terdekat.


jadi berbekalkan hati mulia dan bermuka bebal, aku pun membuka tingkap kereta belakang dan mengeluarkan kepala. tapi sebelum itu aku dah usha line, clear. tak ada siapa nampak. risau orang menjerit ingat aku nak  bunuh diri.


ketika Ketam gostan kereta, akulah yang menjadi sensor keretanya. bila hampir-hampir nak langgar kereta durjana di belakang itu, aku akan membuat bunyi "Beep beep beep beep beep" dengan nada menyakitkan hati. nasib baik aku tidak dilempang olehnya.

kemudian dia membuat cubaan gostan lagi dan memang hampir-hampir nak langgar. aku pun lagi sekali dengan yakinnya menjerit "beep beep beep beep beep beep" dengan nada yang lebih menyakitkan hati. kali ini memang hampir dilempang.

aku memang prihatin. kerana kereta yang dibawa itu adalah milik mak aku. kalau langgar kereta orang lain aku tak kisah, aku lebih risau dengan bebelan yang bakal diterima kalau kereta Vavi itu remuk.

akhirnya usaha kami tidak sia-sia. kereta itu dapat dikeluarkan dengan jayanya tanpa sebarang calar tambahan di kereta yang sudah sedia tercalar itu.

kemudian dengan bangganya aku menutup tingkap dengan muka riak. tetiba aku ternampak ada dua orang mamat dekat tangga tengah pandang. terus aku pandang depan dan menyedapkan hati sendiri bahawa mereka tidak dengar aku menjadi sensor kereta tadi.

balik dari mengambil jaket varsiti itu, aku pun memulakan aktiviti harian aku iaitu membuang masa di facebook sambil mengupdate status yang membosankan.

tiba-tiba ada komen masuk...katanya:

"bising gila Makteh jadi sensor kereta tadi". jangan tanya reaksi aku apa. aku pun membalas:

"eh dengar ke tadi??" . tanyaku dengan berhemah.

"err rasanya satu Dataran K4 tadi dengar kot...beep beep beep. hahaha".

terus aku tak balas sebab sibuk ketawa dalam bilik.

aku terpaku diam membisu. memang malu tahap dewa. waktu aku berpura-pura menjadi sensor kereta, aku sangkakan line clear, tak ada siapa dengar. rupanya satu tempat parking tu dengar.

habis reputasi aku sebagai insan bersopan santun dan pemalu. aku berharap tiada mana-mana brader yang membatalkan niat untuk meminang aku nanti.

tak guna.

Cara Mudah Melepaskan Geram!


Pernahkah anda merasa geram yang teramat sangat seperti rasa ingin bersalin tetapi tidak boleh kerana rupa-rupanya anda ingin berak sahaja?... atau geram seperti ingin membunuh seekor nyamuk tetapi gagal kerana nyamuk itu mempermainkan mata anda yang juling?.. memang kurang ajar itu.

aku sangat faham perasaan geram itu. terutama kepada kawan yang memarahi kita sebab tak ingatkan dia cerita hindustan dah mula padahal hampir 40 kali kita beritahu dia masa dia tengah mengorat.

ketika itu sudah tentu anda berniat dan mengatakan begini di dalam hati..



jadi di sini ingin Makteh memberi beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengubati hati yang lara itu. bukan cara-cara untuk membunuh atau menyeksa mereka, tapi cara untuk melepaskan geram dan membuatkan anda puas hati..(mungkin ada sedikit tips untuk membunuh secara sopan santun. semoga aku tidak ditangkap polis kerana ini).

1. Teknik menampar nyamuk: Ketika rakan anda tersenyum sambil membuat muka takbur kepada anda, tampar sahaja mukanya tanpa belas kasihan. peluang yang datang hanya sekali, jadi tamparlah sekuat hati. kalau rasa sebelah tangan tidak cukup, tampar kedua-duanya sekali. kalau itu masih tidak cukup, kaki juga boleh digunakan.

apabila rakan anda kelihatan akan koma sebentar lagi, katakanlah padanya "aku pukul nyamuk dekat muka kau tadi, aku taknak kau kena HIV".

2. Teknik memperli secara halus: Ambil telefon anda dan berpura-pura seperti sedang bercakap dengan rakan. walaupun semua orang tahu telefon bimbit itu adalah botol air, tapi dengan keyakinan dan lakonan yang mantap, pereka botol air itu sendiri boleh mempercayainya. kemudian bercakaplah di hadapan rakan anda itu dengan kata-kata yang sinis.

pandang tepat matanya sekali sekala untuk membuatkan dia terasa, kemudian ulang teknik yang sama berulang-ulang kali sehingga dia bertaubat.

3. Menggunakan Death Note: tahukah anda anime Death Note? wikipedia mengatakan ia adalah siri anime yang berkisarkan tentang buku nota luar biasa. sesiapa yang namanya ditulis di dalam nota itu, pasti akan mati. jadi! binalah Death Note anda sendiri. kemudian tulislah nama yang anda inginkan di dalam buku tersebut sebanyak mungkin. walaupun ianya tidak akan berkesan, tapi demi kepuasan hati tidak mengapa. satu hari nanti bila anda terbaca semula, pasti akan mentertawakan diri sendiri.


4. Teknik Silent Therapy: Cara ini tidak memerlukan anda membuat apa-apa perkara yang berdosa dan memalukan. hanya duduk diam tanpa berkata apa-apa. kalau anda hebat, berpura-pura mati. teknik ini sering digunakan oleh orang yang marah kepada kekasihnya dan bertujuan untuk menimbulkan rasa bersalah dan takut kepada orang tersebut.

geram anda tidak akan terlepas sekaligus dengan teknik ini, tapi akan terlepas secara perlahan-lahan seperti melepaskan kentut di dalam kelas. sekurang-kurangnya marah anda akan reda di samping dapat membuatkan rakan anda ketakutan.


5. Teknik serangan Goku:  Pernahkah anda berharap anda mempunyai kuasa seperti Goku dan ingin membelasah rakan anda sekuat hati? jadi untuk melepaskan geram anda dengan cara ini adalah dengan memukul rakan anda menggunakan pemukul lalat elektrik. walaupun tidak sama langsung dengan Goku, tetapi anda tetap boleh menjerit "Kamehameha" ketika melakukan serangan.

anda mungkin berjaya membunuh rakan anda jika dia adalah seekor lalat. tapi tidak salah mencuba. sekurang-kurangnya anda boleh gelakkan dia ketika dia menjerit 'addoiii'.

sekian sahaja tips untuk hari ini.


Betul ke mata kiri berkedip petanda buruk?


kira-kira beberapa minggu yang lepas, aku berasa pelik dengan kadar yang tinggi. semuanya gara-gara mata kiri aku suka menari-nari tanpa sebab. berkedip-kedip dengan kerap tanpa mempunyai alasan yang munasabah.

sebelum ni pernah mata aku berkedip-kedip macam ni, tapi untuk masa yang singkat saja. lepas tu hilang tanpa khabar berita. macam tu lah selalu keadaannya. datang dan pergi sesuka hati.

tapi berbeza dengan beberapa minggu yang lepas. sangat kerap. orang kata kalau mata kiri berkedip-kedip ada petanda buruk nak jadi. dari dulu aku memang tak pernah nak percaya. bila aku rasa nak percaya jer, aku batalkan niat aku cepat-cepat. sebab takut terpesong dari jalan kebenaran.

tapi bila ada seseorang ni kata perkara yang sama, aku mula jadi tak sedap hati. aku taknak percaya semua tu, tapi hati aku ngada-ngada pulak boleh terkesan dengan kata-kata tersebut. sampai aku cek google nak carik maksud kerdipan mata ni. mana lah tahu ada hadis atau firman berkenaan hal ni. tapi tak ada pulak.

aku mula terfikirkan keluarga aku, diri sendiri dan orang-orang yang penting dalam hidup aku. dalam hati tak henti-henti doa supaya dilindungi dari apa jua keburukan. boleh pulak minggu tu aku akan balik rumah dari UKM, seterusnya balik kampung kat Kedah. 

mula lah spesies setan ni masuk dalam otak aku dengan pelbagai kemungkinan. takut-takut kalau dalam perjalanan ada perkara buruk terjadi. memang tak senang hati dibuatnya. 

mata aku berkedip-kedip untuk tiga atau empat hari berturut-turut. naik lebam mata sebab ditumbuk sendiri oleh aku supaya kerdipan tu berhenti.

alhamdulillah masa parents aku ambil aku kat UKM, tiada apa-apa yang buruk terjadi dalam perjalanan pergi dan balik. otak aku ngada-ngada lagi boleh nak terfikir pasal angah aku yang ada di Bandung masa tu. bila dia telefon dah ada kat KL, aku lega sikit.

bila hari nak ke Perak atas urusan perkahwinan along aku, hari tu juga hari balik ke kedah lepas along nikah. pagi-pagi tu kami keluar rumah. mata aku macam biasalah, masih menari-nari dengan sesuka hati.

tiba-tiba boleh pulak ada seekor burung gagak terbang melintasi atas kami semua dengan membuat bunyi. tiba-tiba aku teringat pulak pasal kejadian kemalangan ngeri bas suatu masa dulu, burung gagak jadi petanda untuk kemalangan tu. hati aku bertambah-tambah risau. dah lah mata masih menari-nari, burung gagak pulak buat onar. 

dalam hati aku tak habis-habis berdoa supaya dilindungi. kemudian aku cuba menenangkan diri sendiri dan tiba-tiba macam ada satu kata-kata muncul

"bukan kerdipan mata atau buruk gagak yang menentukan qada' dan qadar kau selama ini, bukan itu yang memberi kau perlindungan dan keselamatan, bukan itu yang patut kau percaya, selama ni hanya Allah yang membantu kau" .

sekelip mata hati aku terus senang. hati yang gusar tadi hilang entah ke mana. mungkin itu petunjuk dari Allah yang mendatangkan kata-kata macam tu dalam hati aku untuk menenangkan hati aku yang gusar. hebat perasaannya bila seolah-olah Allah berbicara terus dengan kita, memakbulkan doa kita.

alhamdulillah, tak ada apa-apa perkara buruk yang terjadi dalam hidup aku. kalau ada pun lepas ni, itu semua ketentuanNya.

lepas tu keesokannya, mata aku berhenti berkedip. aku, kau, kita semua perlu berpegang pada satu hal;

"hanya Allah sahaja yang patut kita percaya, berdoalah"..

Jadi betul ke mata kiri berkedip adalah petanda buruk? Jawapannya tidak.

Dah kantoi dengan mak pulak


Assalamualaikum. Hari ini adalah hari sopan gua. jadi gua nak berbudi bahasa dan berakhlak mulia hari ini. maka ingin gua isytiharkan di sini, 'gua lu' akan ditukar mode menjadi 'aku kau'. gua tahu lu orang tengah cakap "kisah apa gua".

1. bermula daripada minggu lepas, aku dah bersara dari membaca buku dan study untuk dua bulan lamanya sebab dah cuti semester. waktu-waktu begini adalah molek kiranya kita berjimba dan berfoya-foya sehingga lupa daratan. ayat tersebut khas untuk buaya-buaya darat sekalian.

2. sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada stalker-stalker blog aku, walaupun kau taknak menonjolkan diri dan membaca blog ini senyap-senyap, tapi aku dapat trace juga menggunakan aplikasi yang kadang-kadang tidak berguna itu.

3. yang aku pelik, ramai pulak stalker daripada Batu Caves. jangan kata pembaca blog gua selama ni sami-sami dekat sana. tapi kalau betul pun, aku kisah apa.  yang buat aku rasa macam artis international, ada stalker dari California. walaupun aku tahu itu dusta belaka, rasa riak tetap hadir di dalam hati.

4. dengan baik hatinya aku ingin memberitahu di sini, aku sudah terkantoi dengan mak aku yang aku ada blog. masak lah aku lepas nih. nampaknya aku perlu membuang label di sebelah ini. nanti kantoi pulak ada banyak cerita berkenaan beliau.

5. pernah suatu hari yang hening, aku masuk ke dalam bilik mak secara senyap-senyap walaupun tiada sesiapa di rumah. bukan apa, aku memang suka berangan bahawa aku adalah watak jahat yang ingin mencuri fail harta pusaka seperti di dalam drama-drama Melayu.

6. tetapi lain pula yang aku jumpa. terdapat sehelai kertas yang diatasnya tertulis "external player". Aku rasa nak pengsan sekarang. nak tahu sebab apa? sebab baru aku teringat beberapa minit yang lepas aku baru update blog dengan menulis begini "nasib baiklah mak tak tahu yang external player tu boleh beli kat kedai".

7. gua tahu lu orang nak gelakkan gua sekarang.

8. rupa-rupanya sudah lama mak melakukan kegiatan menskodeng begini. cuma aku saja yang tidak tahu. hebat juga mak aku berlakon selama ini. baru aku tahu perangai aku ini diwarisi daripada siapa. tapi aku tetap tidak rasa bahawa stalker dari Batu Caves itu adalah mak.

9. selain itu, beliau juga hebat menyamar. ketika zaman biadab aku dulu, aku sering menggunakan kata ganti nama diri 'gua lu'. siapa yang pernah biadab dengan gua mesti tahu bilakah waktu itu.

10. tiba-tiba ada satu komen muncul di Facebook. sila lihat gambar di bawah:



11. lagi sekali gua rasa nak pengsan. memang betul lah entry aku sebelum ini yang bertajuk 'Mak gua lagi samseng dari gua'.

12. lepas tu boleh mak gua datang jumpa gua dan cakap:

"Laa... ko panggil 'mak' kenapa??? dah kantoi. baru ingat nak menyamar. adoii bikin kantoi la ko ni.."

13. jadi kerana itu nama Facebook mak sudah bertukar dan tidak menggunakan nama Badariah Hamid lagi. mungkin gara-gara tidak ingin diketahui oleh orang ramai kegiatan beliau selama ini.

14. nampaknya selepas ini aku harus lebih bersopan santun supaya dapat menjadi anak yang baik dan bakal menantu yang baik kepada ibu mertuaku kelak.

Ada benda aku nak beritahu tapi aku tak sampai hati

memandangkan dah kembali ke tempat belajar, maka aku perlu kembali menjadi orang educated. maka 'gua lu' takkan digunakan pada hari ini. kalau kau rindu, bagitau. aku akan cuba sedaya upaya jadi biadab macam dulu walaupun semua tahu aku memang bersopan santun. makanya hari ini bersiap sedia lah untuk melihat bagaimana caranya jika aku bersopan santun.

terdapat beberapa perkara yang ingin aku beritahu. tapi aku malu. maklumlah gadis kampung memang begini. pemalu serta berbudi bahasa. contoh terdekat adalah aku. walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, namun apakan daya. aku tidak mampu menghalang kejelesan orang ramai.

1. aku nak komen dekat status yang engkau buat di fesbuk, tapi aku takut. aku takut kau ingat aku nak mengorat kau. sebenarnya lebih kepada tidak sampai hati. tidak sampai hati aku untuk melihat kau kecewa kerana tiada gadis comel yang ingin mengorat kau sebenarnya.

2. aku juga ingin memberitahu bahawa gambar yang kau upload di fesbuk itu sebenarnya tidak cantik, tapi memandangkan kau dah tulis "eee tak comei pon. huduh jela", maka aku telah batalkan niat tersebut. nampaknya kau sudah sedar terlebih dahulu. tapi aku pelik kenapa kau masih upload gambar sebegitu.

3. aku nak beritahu pada kau bahawa huruf A dan Q adalah huruf yang berbeza. apabila kau tulis sebegini "qrini qku nqk pg pqsqr mqlqm dkqt kqmpung ni, jqngqn jeles" . seyes kau nampak macam budak yang telah dibuang sekolah sehingga terencat, apabila sudah besar tidak tahu membezakan abjad kerana ilmu tidak diberkati guru.

4. perkara penting yang aku ingin katakan adalah aku tidak kisah kau mahu makan apa, pergi ke mana, mandi pukul berapa, mahu tidur atau tidak kerana aku tahu engkau manusia, pasti akan melakukan rutin harian sebegitu. lainlah kalau kau adalah badak air atau zebra, barulah aku ingin ambil tahu.

5. yang paling utama, aku nak beritahu yang aku tidak kisah dengan siapa kau ingin bercinta. lumrah hati dan perasaan maka aku faham. tapi jika setiap lima minit kau tukar 'single', 'it's complicated', 'married', 'single' balik, kau buat aku berfikir perkara yang aku tidak suka. adakah engkau ini sangat malang sehingga setiap lima minit pasti ditinggalkan??? kasihan sungguh. aku bersimpati.

6. aku ingin beritahu lagi, aku sudah muak dengan sikap kau yang ingin mempolitikkan semua benda. sehingga ada penyu bertelur di dalam National Geographic pun kau ingin kata bahawa ia adalah agenda politik supaya mendapat raih undi simpati. aku tidak nampak di mana kena mengenanya. kau selalu membuat aku berkata "dafuq did i just read" . aku benci tahu.

7. yang paling aku tak tahan, kau sangat teruk dalam edit gambar sehingga membuatkan aku rasa bahawa itu bukanlah gambar, tapi satu lukisan abstrak daripada Leornado DeCaprio yang aku tidak pernah faham. segala bintang-bintang, love, wording yang kau gunakan sangat hodoh sehingga membuatkan aku ingin menumbuk skrin komputer ini. nasib baik aku masih waras.

8. aku ingin katakan, aku tidak kagum langsung dengan gambar kaki kau yang kau letak di FB itu. kaki kau macam kaki manusia. lainlah kalau kaki kau seperti goblin, barulah aku kagum. kadang-kadang aku sangat konfius, adakah itu gambar kaki atau muka kau. maafkan aku. aku tidak sedar jika gambar kaki dan muka kau hampir sama.

9. yang terakhir ingin aku beritahu adalah, itu sahaja yang aku ingin katakan tapi tidak pernah terluah kerana aku ingin menjaga hati kamu. kau pun tahu aku adalah seorang yang sopan santun.

Kidal = Kiri Dari Lahir

1. aku ni kidal. kau ingat senang nak hidup dalam dunia yang semua barang-barangnya untuk orang tangan kanan? rasa macam anak pungut kau tahu tak!

2. itu sebab aku cakap dengan mak aku, aku nak duduk US. sebab nak bawak kereta belah kiri. tu je tujuan aku. mak aku boleh kata tu alasan sebab aku taknak pergi PLKN dulu. aku tak tahu macam mana boleh kantoi.

3. aku salahkan abang-abang aku sebab aku kidal. masa kecik-kecik dulu dorang yang ajar aku menulis, melukis semua. niat dah baik. tapi masalahnya dorang semua pun kidal. pergi ajar aku lagi. memang la aku sesat. ibarat ketam mengajar anaknya breakdance.

4. tapi aku suka aku kidal. aku rasa aku hebat sebab dapat pakai barang-barang orang tangan kanan dengan baik. contoh, pembuka tin, pemotong kulit buah, gitar, piano, bukak tv. macam-macam lagi. ni yang aku malas. aku dah riak lagi. ampunkan aku.

5. kira nasib baik aku kidal bab menulis je. kalau aku kidal bab pakai kasut, pakai helmet semua apa macam? kau bayangkan kalau aku pakai helmet cara kidal. memang tak nampak jalan aku cakap kau. sebab helmet tutup muka aku.

6. pernah dulu kawan aku cakap "aku suka tengok orang kidal. dorang nampak pandai...walaupun dorang bodoh"... mula-mula aku hepi..tapi ayat last dia buat aku macam anak pungut lagi sekali. terus satu hari tu aku tak menulis apa-apa. aku ingat dalam otak semua yang cikgu cakap. sebab tu Fizik aku failed. aku harap kau percaya alasan aku ni.

7. hari ini aku mengenalpasti kelebihan orang kidal. aku mampu untuk menulis dan makan pada waktu yang sama. sampai mak aku pelik. lepas ni aku ingat nak try bawak kereta sambil makan nasik pada waktu yang sama. tapi kalau aku tak update blog berbulan lamanya. kau orang paham-pahamlah. pergi lah melawat aku kat hospital.

8. sebab tu aku malas nak bersukan sangat. lagi-lagi macam main badminton, tenis, kriket, rondes, berenang, sebab sampai kat part aku je, dorang kena tukar posisi. sebab aku kidal. berenang pun aku masukkan. sebab aku berenang pakai pelampung. kau jangan tanya aku. aku pun tak tahu apa kena mengenanya.


9. aku respek sape-sape yang kidal. tapi aku lagi respek kat orang yang tak ada kaki tak ada tangan, boleh menulis pakai mulut. aku sarankan pada orang-orang yang kuat mengumpat dan buat fitnah, daripada kau guna mulut buat dosa, baik kau guna untuk belajar menulis.

Kreatif ketika mamai

1. aku ni ada hobi walaupun muka aku nampak macam tak berapa educated. aku suka tidur walaupun aku baru bangun tidur. tujuan aku cuma satu, aku nak praktis awal-awal untuk mati nanti. senang. tak ada aku rasa kekok sangat nanti. maklumlah, 1st time mati. aku harap sangat kau orang percaya alasan aku ni.

2. pesanan untuk kau, jangan bercakap dengan aku waktu aku baru bangun tidur. sebab aku sendiri tak berani cakap dengan diri sendiri bila baru bangun. macam-macam falsafah aku keluarkan nanti sampai kau boleh menyampah dengan aku dan harap aku tidur balik tak bangun-bangun.

3. hari tu waktu aku tengah tidur, mak aku masuk bilik aku pagi-pagi. dalam 6.34 pagi macam tu. siapa-siapa bangun subuh tahu lah keadaan pagi macam mana. siapa tak bangun, kau terasa?? mak aku memang pagi-pagi lepas subuh pergi jogging. aku respek. aku pun jogging pakai jari je.

4. mak aku siap-siap pakai uniform joggingnya. masuk bilik aku cari kamera sebab nak tangkap gambar. kau orang jangan terkejut. mak aku kuat berfacebook sekarang.

5. aku tengah mamai masa tu. aku ni kalau mamai imaginasi macam budak dyslexia. masa tu dalam kepala otak aku boleh fikir "pegawai kesihatan mane lah datang pagi-pagi nih.. nak cek ape pulak" .. seyes waktu tu aku mamai aku pikir satu je. ada pegawai kesihatan nak cek bilik aku. sebab bilik aku macam tapak kebangkitan segala kejahatan.

6. aku cuba center kan balik otak aku. baru aku sedar. tu mak aku. pakai uniform jogging. aku boleh fikir pegawai kesihatan. abang aku boleh gelak kaw-kaw kat aku pasal benda nih. terima kasih juga pada 'pegawai kesihatan' yang datang, kalau tak aku saspek aku tinggal subuh hari tu.

7. pernah aku nak hantar mesej kat seseorang. niat dah baik. nak kejut bangun subuh sebab aku tahu dia pun dah lama tak menghirup udara pagi waktu subuh. lepas hantar aku tidur balik. berdosanya aku rasa.

8. bila dah petang sikit aku cek balik enset aku. aku pergi kat sent item. aku tengok aku anta mesej "surat la sayang.. bangun soalan (soalan = solat. nasib baik aku sempat tukar waktu mamai)". aku rasa aku retarded gila. 

9. aku tak tahu surat apa, sayang apa, soalan apa. yang aku ingat sebelum tu aku mimpi aku dapat surat. bangun-bangun terus hantar mesej kat orang macam tu. nasib baik tu bukan pensyarah aku. kalau tak aku memang dah drop course yang aku amek sekarang. 


10. aku taknak cerita lelebih kejadian-kejadian tragis lain yang terjadi waktu aku mamai. nanti kau jadikan tu senjata buat menjatuhkan empayar aku kelak.

Bila mak naik baran

hari ini gua nak jadi kurang ajar lagi sekali. jadi gua pakai kata ganti nama diri 'gua lu' lagi. kalau lu nak pikir gua lu tu 'your cave' itu lu punya pasal. okbai.

1. semalam gua dengan family gua pergi repeat battle bowling lagi sekali. semalam mak gua menang. gua taknak cerita lebih apa jadi pada nasib diri gua semalam. lu tanya lelebih penendang makan dia!!

2. datang-datang kena lepak dalam waiting list pulak. sebab ada tournament 3rd round 9 games sekali dorang bantai. ada sorang mamat ni yang boleh tahan ensemnya tapi gua tengok muka macam playboy. so gua terpaksa sorok muka gua sebab nanti kalau dia nampak dia ngorat gua. gua jugak susah. ok gua dah riak. ampunkan gua.

3. dari pukul 5.30 nak kena tunggu sampai pukul 7 baru boleh main. so sebab gua tension tengok mamat tu main terer gila dari gua, so gua dengan family lepak kat kedai buku. gua rasa gua educated gila lepak situ walaupun tujuan gua cuma nak kipas.

4. lepas mak dengan abah gua setel borong buku, kitorang pergi lepak kat satu kedai makan ni. gua dengan mak gua cuma mintak kentang perancis a.k.a french fries. tujuan gua cuma satu, gua nak waiter tu anggap gua orang perancis yang merindui kampung halaman.

5. nak dekat setengah jam gua tunggu, kentang perancis gua tak sampai-sampai lagi. gua tak tahu la kalau dorang lurus bendul sangat pergi order dari perancis. mak gua ni ada diabetes. senang naik darah. (sebenarnya darah tinggi, tapi mak gua taknak ngaku so gua kena tulis diabetes).

6. gua dengan family gua memang tahu sangat mak gua ni pantang menunggu lama-lama. mak gua naik baran dah. silap gua tak letak termometer kat badan mak gua semalam. kalau tak boleh gua catat peratus kenaikan suhu dalam masa seminit.

7. lepas tu angah gua suruh gua pergi bayar. sebab nampak budak-budak waiter tu semua tengah gelak-gelak macam lupa ada pelanggan kat kedai tu. gua tak tahu apa yang lawak sangat. gua saspek dorang tak percaya gua orang perancis.

8. lepas tu mak gua bangun pergi bayar. mak gua terus pergi dekat budak-budak waiter tu. mak gua sound "engkau buat ke tidak???" muka budak tu dah tercengang. yang lain bertempiaran lari pergi dapur. lepas tu bisik kat kawan cakap yang dorang lupa nak buat.

9. lagi mak gua baran. silap lu pergi cakap depan mak gua. mak gua cakap "ko nak aku report kat bos kau ker? buat lambat. baik aku pergi makan kat tempat lain lagi cepat" . budak tu senyum je. tapi gua tahu dalam hati dia lutut goyang. sebab gua tengok dia senyum pun menggigil.

10. masa tu gua dengan abang gua buat-buat dilahirkan tanpa telinga. tak dengar tak dengar. terus gua hirup air gua cepat-cepat sebab takut ada apron jadi skirt.

11. lepas keluar abang gua cakap "sebab tu aku suruh ko pergi bayar. kalau mak bayar macam tu la jadinya". silap kau ngah. kau tak bagitahu aku awal-awal.

12. sebab tu gua dengan abang gua berpura-pura kalah semalam masa main bowling sebab nak kasi can mak gua menang untuk mengubati hatinya yang lara itu.. lagipun gua dengan abang gua taknak jadi anak derhaka. sebab tu kasi mak gua menang. gua harap sangat lu percaya alasan gua ni.

13. ok bai. xD

Entiti apakah itu?

terima kasih kepada Google Chrome kerana telah remember paswed blog ini. kalau tak terpaksa lah aku memandang dengan sayu sahaja tempat login tadi.


sebulan bertapa di rumah membuatkan aku makin kenal erti kehidupan. maka erti kehidupan bagi aku kini ialah "jika hendak masak nasik, masak lebih atau anda akan kebuluran di tengah malam". setakat ini, itu sahaja yang aku dapat pelajari.

lepak kat rumah buat aku sedar bahawa waktu tengah-tengah malam ini sebenarnya mempunyai kuasa yang pelik. kuasa yang mampu membuatkan seseorang itu seperti dirasuk.  ikut lah kau nak percaya ke tak.

pernah satu waktu, pada pukul 4.00 pagi aku masih belum tidur sebab aku tak cuba tutup mata pun. tengah berpura-pura seperti seorang yang sibuk membuat esaimen, tiba-tiba sesuatu melintas di depan aku. ianya bukan haiwan yang pasti.  ia melompat-lompat berulang kali, melintas berulang kali di depan aku. aku terpaku.

ianya seperti entiti. aku ingatkan pontianak atau pocong. aku mula seram sebab keadaan waktu tu gelap. tak nampak dengan jelas. jadi aku tunggu lagi ia melintas. selepas itu barulah aku dapat kenal pasti apakah makhluk itu. ianya bukan pontianak atau pocong mahupun keranda terbang, ianya lebih mendebarkan jiwa. iaitu mak aku. =.=' 

mak tengah cuba untuk menari ballet katanya. tapi setiap kali ingin terbang, ia jadi melompat. daripada ballet menjadi gimnastik. at least gimnastik masuk olimpik. jangan tanya kenapa mak aku menari ballet pada pukul 4.00 pagi. =.='

aku bersyukur kerana mak tidak melakukan perkara itu sambil memakai telekung. kalau tidak aku pasti tidak akan kenal erti kehidupan.


jangan lakukan ini ketika sedang berFACEBOOK!

Facebook, aku benci kau!



tahukah anda FACEBOOK mempunyai kuasa untuk mengubah hidup anda daripada suka kepada duka? sila jangan lakukan ini ketika sedang berfacebook. aku sudah menjadi mangsanya.

1. membuat assignment / kerja sekolah. apatah lagi jika ianya perlu dihantar pada pukul 8 pagi keesokan harinya. percayalah. akhirnya anda hanya akan save document tersebut yang hanya tertulis 'PENGENALAN' tanpa sebarang isi. semuanya gara-gara facebook mempunyai suatu kuasa durjana yang boleh membuatkan pelajar harapan menjadi pelajar tak boleh diharap.

2. bercakap di telefon dengan orang penting: satu lagi kuasa durjana facebook ialah ia mampu untuk membuatkan orang penting tersebut menjadi tidak penting langsung apabila terdapatnya notifications baru walaupun notifications itu hanya tertulis 'That guy likes your status'. sekelip mata anda akan berpendapat bahawa notifications di facebook lebih penting dari segala-galanya. tanpa anda sedar, keesokan harinya anda telah dibuang kerja.

3. sedang memasak maggi: sebagai pakar memasak maggi, aku ingin memberitahu bahawa maggi tidak boleh dibiarkan terlalu lama kerana ianya akan mengembang dan melakukan resapan pada kuah maggi tersebut. akhirnya, maggi tersebut tidak lagi menjadi maggi tapi lebih kepada nestum bayi yang berperisa kari.

4. menonton filem yang sudah lama ditunggu-tunggu: percayakah anda notifications di facebook mempunyai kadar penungguan yang lebih tinggi daripada filem-filem box office untuk ditayangkan di televisyen? walaupun filem tersebut popular, tapi anda pasti tidak sampai hati untuk melihat terdapat notifications baru walaupun hanya satu sahaja. maka, anda akan diejek oleh rakan kerana tidak tahu tagline popular di dalam filem tersebut kemudian anda akan menyesal sambil berkata "kalaulah aku tak on pesbuk malam tu..."

5. mempunyai meeting penting esok pagi: jangan pernah terlintas untuk intai facebook apabila sudah melebihi 12 malam. jika tidak anda akan terkena sumpahan facebook di mana jika anda mulakan, anda tidak akan dapat berhenti kecuali blackout. tambahan pula game angry bird menumbuhkan semangat juang yang tinggi dalam diri yang akan membuatkan anda tidak tidur malam. jadi esok pagi, bentang sajalah betapa marahnya anda bermain angry bird tersebut kemudian kemaslah meja kerana anda tidak diperlukan lagi bekerja di situ.

6. esok adalah last paper final exam: jika anda tidak berniat untuk extend semester dan grad bersama junior, jadi off la facebook pada awal waktunya. percayalah, walau selama mana anda melayan facebook, tidak akan ada soalan bocor di dalamnya.

selamat mencuba!


sebenarnya aku tahu rahsia engkau

aku ini stalker tegar. ramai yang tidak tahu aku tahu mengenai mereka. ramai juga berfikir bahawa aku tidak tahu mana satu blog mereka walhal aku sudah membaca semua entry ketika mereka sedang nyenyak tidur. dan apabila mereka menyedari dan ingin delete segalanya sudah terlambat kerana aku sudah print screen dan simpan dalam pendrive untuk mengugut mereka kelak.

ada yang pernah menulis entry berkenaan rahsianya membuat parti hari jadi di rumah tetapi rasa serba salah sebab tak ajak rakan-rakan dan takut jika rakan-rakan dia tahu. dia risau jika makanannya habis di makan sebelum majlis bermula. jadi dia merahsiakannya. apabila dia tahu aku tahu, dia ingin memadam terus blog itu. BLOG! bukan entry tapi blog! tapi semuanya telah terlambat sehingga tahun berikutnya dia tidak ingin tahu pun bila hari jadinya lagi.

pernah ada seorang pemuda ini menceritakan di dalam blognya bahawa dia begitu menyukai dengan seorang rakannya ini. kawan baiknya. masalahnya ialah rakannya itu adalah lelaki. GAY! bila aku tahu aku terus memprovok beliau dengan sering menghantar kata-kata berbaur kutukan berserta dengan hadis-hadis yang mengatakan Nabi tidak mengaku umat terhadap pasangan homoseksual. aku memberi alasan aku tersalah hantar. dia begitu stress dan akhirnya menjadi orang tabligh.

satu masa dulu juga terdapat blogger tegar yang sering mengutuk seorang pakcik tua yang sentiasa berjalan lambat ketika dia ingin menaiki tangga monorail untuk pergi kerja. lalu aku pun menyebarkan blog beliau itu untuk dibaca oleh orang ramai dan ramai mengutuknya kerana tidak bersikap seperti manusia budiman. selepas itu dia terus menulis entry bahawa kini tiap-tiap pagi dia akan menunggu pakcik tersebut untuk mendukung beliau menaiki tangga supaya pergerakan lebih cepat.

yang paling teruk terjadi terhadap seorang guru. dia selalu menulis di dalam blognya bahawa setiap kali mengajar di kelas budak kurang pandai, dia tidak mengajar pun. hanya bermain game angry bird di dalam androidnya sehinggakan budak-budak yang kurang pandai itu menjadi tidak pandai langsung. kasihan sungguh. lalu aku yang kejam ketika itu pun menghantar surat layang terhadap pengetua sekolah itu. aku menulis jika tidak dibuang guru tersebut, aku akan mendedahkan rahsia yang pengetua itu tulis di blognya pula! kau tahu kenapa? kerana guru itu adalah guru aku juga dulu. dan aku pula adalah pelajar di kelas yang kurang pandai itu.

tetapi akhirnya guru itu tidak berjaya dalam cubaannya untuk membuat aku tidak pandai. sebaliknya aku menjadi bertambah pandai. lihat sahaja sekarang ini. aku berjaya menipu kamu semua dengan cerita-cerita di atas ini yang sebenarnya palsu.

yang betul,
makteh..

 
maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.