Jenis-jenis korban di Hari Raya Korban.

memandangkan tiada aktiviti lasak dilakukan sepanjang cuti semester ini, jadi pengupdatetan blog harus dilakukan dengan lebih rajin bagi mengelakkan jari-jari mengalami kekejangan akibat tiada assignment yang perlu dibuat.

disebabkan ada dua orang budak perempuan datang ke rumah aku tadi untuk bertanyakan esok sekolah ataupun tidak, jadi mereka secara tidak langsung telah mengingatkan aku bahawa esok adalah hari raya haji.

memandangkan esok adalah raya haji, jadi molek kiranya kita semua sama-sama berkorban. berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. ya betul! aku curi lirik lagu tersebut dan menulis kembali di ruangan ini. janganlah menyaman aku.

maka dengan itu, di sini ingin aku senaraikan beberapa perkara yang perlu dikorbankan untuk esok hari meskipun ianya hanyalah korban kecil-kecilan saja..kira ok lah, daripada tak berkorban langsung dan jadi orang yang kurang berguna.

1. bagi sesiapa yang waktu paginya dan waktu sarapannya dalam pukul 12.00 dan ke atas, eloklah kiranya jika waktu tersebut diundurkan sedikit dan dikurangkan jumlahnya. bukan apa, kalau bangun pukul 12.00, tak dapatlah nak menyaksikan adegan kejar-mengejar lembu yang membuat demonstrasi secara berkumpulan.

2. sesiapa yang sering mandi lambat dengan alasan menjimatkan air, jadi molek kiranya air tersebut dikorbankan untuk esok hari. hal ini adalah kerana bagi mengelakkan lembu-lembu serta kambing, unta, manusia bertopengkan haiwan dan haiwan-haiwan lain daripada pengsan sebelum waktunya. jadi hal ini telah menyukarkan kerja-kerja penyembelihan dilakukan dengan sempurna kerana terpaksa menunggu haiwan-haiwan tersebut sedar semula. diharap anda dapat memberi kerjasama.

3. masa-masa yang sering digunakan untuk membuang duit di Pavillion lagi molek jika digunakan untuk bekerjasama melapah daging haiwan korban. sekurang-kurangnya orang kampung sedar akan kewujudan anda di atas muka bumi ini selain daripada makcik jual popcorn di Pavillion. secara tidak langsung, anda juga boleh mendapat gosip-gosip terbaru dari pakcik-pakcik yang turut bercerita ketika melakukan kerja. berbaloi bukan?

4. tenaga yang disimpan berabad lamanya tanpa digunakan ke jalan yang benar bolehlah digunakan pada hari raya haji ini. anda akan berpeluang untuk mengejar lembu-lembu yang lari, secara tidak langsung dapat melatih diri anda untuk acara lari 400 meter. anda juga berpeluang untuk merasa tendangan dari haiwan-haiwan tersebut yang dipanggil sebagai 'tendangan ICU'. bukan semua orang dapat merasa pengalaman ini. gunakanlah peluang ini sebaiknya. tak apa jangan risau, hospital ada banyak alat sokongan nyawa.

5. anda juga perlu berkorban wang. ketika kenduri dijalankan tentu ada sahaja makcik-makcik yang menyuruh anda ke kedai untuk membelikan serai, ajinamoto, garam, daun limau purut, tukul besi ataupun daun sup yang tidak mencukupi. kebiasaannya kiriman ini tidak disertakan dengan duitnya sekali. jadi faham-faham sajalah. mesti ada di antara kamu sekarang yang ingin sengaja meninggalkan dompet di rumah bukan??

6. yang paling penting, anda perlu mengorbankan perasaan anda. selain daripada menahan rasa kasihan kepada haiwan korban, anda juga perlu menahan rasa marah terhadap makcik-makcik yang suka menjatuhkan market anda di khalayak ramai. sebagai contoh, "Kau ni baru 24 tahun dah nampak macam anak lima. Memang tak laku la ni nampak gayanya".

jadi itulah antara korban-korban yang perlu anda lakukan. di sini ingin Makteh ucapkan Selamat menyambut hari raya Aidiladha..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.