You can follow me. But please don't follow to close. I love to brake emergency

Manusia Pelik

Aku masih terus bernafas walaupun suasana di sini berjerebu seperti dalam filem seram. Sekurang-kurangnya aku ada alasan jika nafas berbau.

Setelah beberapa lama duduk merenung alam semulajadi, aku merasakan bahawa manusia ini semakin pelik.

Orang sibuk cipta telefon pintar, kereta pintar dan gajet-gajet pintar yang lain. mungkin kerana mereka sedar bahawa adalah mustahil untuk mencipta manusia pintar.

Harus diingatkan aku juga adalah manusia yang berbicara tentang manusia. Aku bukannya binatang yang sedang menaip sambil makan frieskes.

Biar aku terangkan betapa peliknya manusia ini:

1. Jika pasangan itu sedang bergaduh, aku tidak faham mengapa mereka terus menukar status hubungan di Facebook. Contohnya daripada In a relationship kepada Single. 

Sepanjang aku hidup di dunia ini, tak pernah pun aku tukar status menjadi 'anak yatim' bila bertekak dengan keluarga aku.

2. Jika orang lain menasihat, pasti akan ada tangan jahat yang menaip 'ustaz dan ustazah google', 'ahli syurga' dan sebagainya.

Sepanjang aku hidup, tak tahu pulak kalau nak menasihat kena lampirkan sijil SPM dengan kredit Agama Islam dapat A.

3. Pantang orang lain lebih sikit, mulalah ada anasir-anasir berhati tidak murni berusaha menjatuhkan orang tersebut. Contohnya manusia tersebut hanya memberitahu sedang makan cendol, tiba-tiba je keluar fatwa bahawa cendol boleh menyebabkan kanser dan tidak lama lagi dia akan mati.

Sepanjang aku hidup, aku percaya bahawa orang yang cuba menjatuhkan orang lain hanya kerana mereka berada di bawah mereka. Kalau dalam bahasa manusia putih, "people who try to bring you down is just because you're above them". Tak sangka aku berdarah Portugis.

4. Sampai sekarang aku tidak faham kenapa manusia suka benar upload gambar sendiri sambil memaki diri sendiri. Contohnya 'saya tidak cantik', 'saya hodoh', 'saya malulah tak comel macam awak' dan sebagainya.

Sepanjang aku hidup, aku memang suka manusia sebegini kerana dia memberi aku peluang untuk berterus terang dengan hati yang ikhlas. Tetapi malangnya aku pula yang dimaki. Apa?? Salah ke aku turut bersama dia mengutuk dirinya sendiri?

Sudahlah kalau aku bercakap banyak pun aku masih perlu untuk hidup bersama manusia-manusia pelik ini.

Babai.









Ditulis Oleh : Makteh // 9:39:00 PTG
Kategori:

1 komen:

Komen

 
maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.