Kidal = Kiri Dari Lahir

1. aku ni kidal. kau ingat senang nak hidup dalam dunia yang semua barang-barangnya untuk orang tangan kanan? rasa macam anak pungut kau tahu tak!

2. itu sebab aku cakap dengan mak aku, aku nak duduk US. sebab nak bawak kereta belah kiri. tu je tujuan aku. mak aku boleh kata tu alasan sebab aku taknak pergi PLKN dulu. aku tak tahu macam mana boleh kantoi.

3. aku salahkan abang-abang aku sebab aku kidal. masa kecik-kecik dulu dorang yang ajar aku menulis, melukis semua. niat dah baik. tapi masalahnya dorang semua pun kidal. pergi ajar aku lagi. memang la aku sesat. ibarat ketam mengajar anaknya breakdance.

4. tapi aku suka aku kidal. aku rasa aku hebat sebab dapat pakai barang-barang orang tangan kanan dengan baik. contoh, pembuka tin, pemotong kulit buah, gitar, piano, bukak tv. macam-macam lagi. ni yang aku malas. aku dah riak lagi. ampunkan aku.

5. kira nasib baik aku kidal bab menulis je. kalau aku kidal bab pakai kasut, pakai helmet semua apa macam? kau bayangkan kalau aku pakai helmet cara kidal. memang tak nampak jalan aku cakap kau. sebab helmet tutup muka aku.

6. pernah dulu kawan aku cakap "aku suka tengok orang kidal. dorang nampak pandai...walaupun dorang bodoh"... mula-mula aku hepi..tapi ayat last dia buat aku macam anak pungut lagi sekali. terus satu hari tu aku tak menulis apa-apa. aku ingat dalam otak semua yang cikgu cakap. sebab tu Fizik aku failed. aku harap kau percaya alasan aku ni.

7. hari ini aku mengenalpasti kelebihan orang kidal. aku mampu untuk menulis dan makan pada waktu yang sama. sampai mak aku pelik. lepas ni aku ingat nak try bawak kereta sambil makan nasik pada waktu yang sama. tapi kalau aku tak update blog berbulan lamanya. kau orang paham-pahamlah. pergi lah melawat aku kat hospital.

8. sebab tu aku malas nak bersukan sangat. lagi-lagi macam main badminton, tenis, kriket, rondes, berenang, sebab sampai kat part aku je, dorang kena tukar posisi. sebab aku kidal. berenang pun aku masukkan. sebab aku berenang pakai pelampung. kau jangan tanya aku. aku pun tak tahu apa kena mengenanya.


9. aku respek sape-sape yang kidal. tapi aku lagi respek kat orang yang tak ada kaki tak ada tangan, boleh menulis pakai mulut. aku sarankan pada orang-orang yang kuat mengumpat dan buat fitnah, daripada kau guna mulut buat dosa, baik kau guna untuk belajar menulis.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.