You can follow me. But please don't follow to close. I love to brake emergency

Kaki mengigau

1. Bermulanya detik ketika otak aku sudah boleh digunakan, iaitu ketika berumur 4 5 tahun, aku kerap mengigau.


2. Tak tahu lah setan mana yang suka kacau aku malam-malam. Nak ajak main masak-masak ke apa aku tak tahu.

3. Mengigau aku bukannya macam igauan seorang gadis kepada pakwenya, tapi mengigau ketika tidur seperti cerita Insidious. Bezanya aku tak dihantui hantu durjana seperti filem itu.

4. Mak abah kata daripada aku kecik memang aku kerap mengigau. Ada yang aku sedar, ada yang aku tak sedar. Kalau part yang tak sedar, abang aku akan ketawakan aku esok paginya dan memperlekehkan aku. Taktik ini membolehkan dia mereka-reka cerita walaupun aku tak mengigau.

5. Tapi kalau part yang aku sedar aku mengigau, aku siap boleh cakap "aku tengah mengigau ni". Epic tak epic aku cakap kat kau.

6. Pernah sekali aku mengigau, time tu aku sekolah rendah lagi. aku bangun-bangun terus mencangkung lipat selimut. Abah, mak, abang aku yang still belum tidur lagi waktu tu terkejut. Abah kata "ni dah kenapa ni lipat selimut? pergi tidur". Pandai pulak tu aku jalan dulu sampai depan pintu baru lipat. Lipat jelah dalam bilik tu bukannya tak boleh! Ni dah jadi kes riak.

7. Nasib baik itu jenis mengigau sedar, lepas setel lipat, aku sedar aku tengah mengigau, terus aku masuk tidur balik. Tak guna betul. Hantu mana pulak kacau aku ni. Ini mesti yang jenis suka lipat kain. Dalam banyak-banyak kes mengigau mungkin ini yang mak redho sikit sebab aku jadi rajin.

8. Disebabkan dulu mak berniaga kelapa parut pagi-pagi, so selalunya abah akan kupas kelapa malam-malam untuk mak parutkan esok paginya. Tak sedar bila aku bangun, sedar-sedar aku dah bersila depan abah yang tengah kupas kelapa waktu malam tu. Yang paling epic, aku boleh bersila dekat tumpahnya air kelapa yang abah kupas. Terkejut abah aku waktu tu. Terus dia suruh aku bangun sebab kotor.

9. Sejurus dari tu, aku terus sedar aku tengah mengigau tapi separuh sedar lagi. Terus aku baca bismillah banyak-banyak supaya dapat sedarkan diri sepenuhnya. Sebab tu lah sekarang aku menjadi insan yang sedar diri.

10. Pernah sekali aku mengigau, sedar-sedar aku tengah tenung satu pokok besar dekat luar rumah. Pokok tu tak ada isu hantu pun selama ni. Tapi tak tahu lah apa kejadahnya aku main tenung-tenung dengan dia. Kalau tengah lawan kelip mata, gerenti aku menang lawan pokok tu.

11. Kalau yang sedar pun dah macam tu, belum lagi part yang aku tak sedar. Abang aku cerita pernah sekali aku mengigau, aku mengetuk-ngetuk pintu almari umpama jabatan agama islam ketuk pintu hotel. Aku ketuk sambil menjerit nama sepupu aku "dayah tunggu kite dayah!". Tak tahu lah aku mimpi apa. Mungkin mimpi kena tinggal naik kereta sorong yang disorong oleh Pak Itam.

Kalau dulu dah ada henpon yang boleh main rekod-rekod video ni, nescaya aku sudah glemer di Youtube sebab dah sah kameraman official yakni abang aku dah upload dekat sana.

Bagus juga dilahirkan di zaman kanak-kanak masih gemar bermain tingting dan batu seremban.






Ditulis Oleh : Makteh // 11:44:00 PTG
Kategori:

2 komen:

Komen

 
maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.