Zaman kanak-kanak.

1st story:


aku teringat zaman aku muda-muda dulu. sekarang pun muda tapi dulu lagi muda. kulit pun bersih tanpa dicemari oleh sebarang bakteria keparat itu.

masa kecik-kecik aku suka jadi perempuan. sekarang pun perempuan tapi dulu lagi perempuan. pakai gaun setiap masa, rambut panjang walaupun hujung rambut dah jadi macam bulu kambing biri-biri, cakap pun sopan sebab takut kena marah dengan mak, petang-petang pun main masak-masak walaupun pokok bunga keliling rumah semua dah nazak hampir meninggal dunia sebab daun & bunganya aku ambik buat masak 'Kuih Bunga Jarum'. segala pasir orang nak buat rumah aku main buat terowong supaya basikal aku boleh lalu. aku memang hebat.

2nd story:

pernah satu masa tu aku bangun tidur terus pergi cermin solek mak aku. penuh segala alat mekap atas tu. aku ambil gincu lepas tu pakai. mak aku yang tengah borak dalam telefon dengan kawannya nampak dan berkata:

"belom mandi belom ape teros pakai gincu! bangun-bangun tidur terus bergincu. pergilah mandi!"

ye aku faham. mak aku menjerit dengan kuat sampai orang dalam telefon tu dengar. lepas tu terus aku terdengar mak aku bergosip pasal aku dengan insan misteri dalam telefon tu.

3rd story:

masa kecik-kecik aku comel. dulu comel tapi sekarang lagi comel. disebabkan aku tak ada adik beradik perempuan, jadi aku ikut abang aku je merayau masuk kebun kelapa sawit. bila masuk kebun kelapa sawit aku suka kutip kulit kerang. pelik kan? kebun kelapa sawit bukannya pantai ada kulit kerang! kalau kulit ular lainlah! tapi dekat rumah aku dulu ada. sebab mak aku yang buang lepas habis masak.
aku kutip pon sebab cikgu matematik aku suruh nak buat kira-kira. maklumlah dulu tak ada kalkulator saintifik.

4th story:

dulu masa kecik waktu sekolah dah nak tutup, aku memang malas nak datang sekolah sebab periksa pun dah lepas. mak aku pun menyokong kenyataan aku at least boleh jimat duit belanja seringgit. duit belanja aku dulu tiap-tiap hari seringgit. tapi disebabkan kulit kerang yang aku kumpul tidak mencukupi, jadi aku masih tak tahu nak kira duit. yang aku tahu kena ambil syiling 20 sen lima keping sahaja. tapi disebabkan itu, aku boleh pandai matematik. dalam subjek matematik perkara pertama yang aku cepat faham dan pandai ialah bab kira matawang. kalau gambar dalam buku tu gambar duit, aku memang boleh jawab. itulah salah satu kebaikan mengambil duit belanja sendiri di dalam dompet mak selain dapat membeli jajan tambahan 20 sen.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.