tips untuk pengguna facebook...

kebanyakan manusia-manusia di muka bumi ini termasuk aku sudah tidak mementingkan kesihatan, cara berkomunikasi pun sudah tidak menggunakan suara. semuanya kerana facebook. jadi di sini terdapat beberapa tips untuk mereka yang diserang virus facebook yang tidak kelihatan ini. jadi semua harus fokus! sila jangan melawan. baiklah... kita mulakan senaman kita dengan Ummul-kitab Al-Fatihah.

1.
pertama sekali kita harus membuat regangan tangan dengan bergaya dan mengikut trend seperti di atas. pastikan segala urat-urat tiada yang terputus. jika ada, sila stapler kembali. kalau buat sambil memakai skirt, anda akan kelihatan seperti penari di kelab dangdut, jadi elakkan. (tetapi mereka yang berada di kelab dangdut itu bukannya bersenam)

2. 
kedua, rehatkan mata dengan kelip-kelipkannya dengan gaya menggoda. sesiapa yang mempunyai mata yang sepet juga boleh menggunakan cara ini jika berminat untuk melihat dunia ini dengan lebih luas. (mata yang besar juga akan menjadi sepet kalau asyik tidur seperti beruang koala)

3. 
selepas itu giliran kepala pula. goyang-goyangkan kepala anda ke kiri dan ke kanan dengan kadar yang ala-ala yakni ala-ala kadar. afdhal sekiranya tangan anda menongkat dagu seperti di atas kerana boleh menampakkan anda sedikit gedik.

4.  
disebabkan facebook membuatkan kita jarang bercakap dan kurang menggunakan lidah, jadi untuk mengelakkan lidah mengalami strok dan meningkatkan kadar anda menjadi bisu, bolehlah menggunakan kaedah di atas. ini kerana ketika mengunyah, lidah dapat digunakan sebaiknya. ia juga untuk mengelak daripada anda menjadi sama seperti buaya, iaitu ketiadaan lidah. (tetapi masih ramai juga buaya darat walaupun ada lidah). ataupun membuat senaman lidah seperti En.Oren di atas. ianya lebih ringkas di samping dapat dijadikan alasan untuk mengejek orang yang terjatuh basikal.

5.
kepada sesiapa yang masih tidak mengalami 'sindrom bisu kerana facebook', bolehlah melakukan olah vokal sebentar. lebih sesuai dilakukan ketika tiada sesiapa di dalam bilik. elakkan melakukannya ketika roomate ada di dalam bilik ataupun sedang tidur jika tidak ingin menjadi bisu secara permanent atau mendaftar sebagai  OKU.

6. 
teknik ini khas kepada mereka yang sering sakit kepala ketika membaca komen di gambar-gambarnya. dengan cara ini, anda akan melupakan komen-komen tersebut dalam sekelip mata. tetapi selepas itu anda harus menerima hakikat bahawa kepala anda perlu dijahit 18. 

7. 
khas untuk mereka yang berbadan besar. anda boleh gunakan teknik ini. ianya sopan dan tidak melanggar tatasusila. selain dapat merenggangkan pinggang, anda juga tidak perlu mengambil mana-mana jus untuk kurus. teknik ini digelar 'teknik berkembar poco-poco satu hala' .

8. 
yang terakhir sekali barulah kita gabungkan segala teknik yang telah di ajar di atas. buat dengan kadar yang  pantas sehingga orang ramai menganggap kita seperti handal berkungfu. barulah nampak hebat dan pencuri juga takut untuk mengganggu.

cubalah di bilik anda. 

*tips tambahan: boleh juga lakukan senaman ini sambil memasang lagu 'Yang Terindah Hanya Sementara - Erra Fazira'.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.