Semua benda nak gila.

aku balik rumah seminggu. seronok betul. tapi lagi beberapa hari aku kena balik UKM..tak seronok dah..

sebelum ni mak aku ada pesan.

"kalau nak cakap, jangan letak 'gila' kat belakangnya (cth: huyoo cantik gilerr, wahh hebat gilerr, aku bosan giler laa) sebab tu macam doa. kalau kita kata kat orang, nanti kita doakan sekali die gila."

so aku kurangkan sikit cakap gila tu. aku tukar jadi 'sangat'. tapi kadang-kadang tercacul jugak aku. tapi bila aku pikir balik, memang aku tak cakap kat orang, tapi orang lain pulak yang doa aku jadi giler. so aku kena kurangkan tidur waktu maghrib untuk mengurangkan kadar peratusan aku jadi gila.

tapi baru-baru ni lepas je aku selesai goreng cekodok..... mak aku cakap..
"huyoo sedap giler cekodok ni"
kemudian .."ape ni, kotor giler la dapur ni"

aku yang menyedari keadaan yang pelik itu pun berkata "aik mak...aritu suruh jangan cakap gila, kata doa..ni mak pulak yang cakap"

mak aku hanya gelak....dan kemudian seperti biasalah, mak aku macam dah kena virus, asek ulang-ulang je cakap benda yang sama...

"ala...perasan gilerr laaa"... kata mak kepada aku apabila aku berlagak kerana cekodok itu sedap.
"panas giler laa" .. kata mak apabila hari memang panas.
"susah giler laaa" .. kata mak kepada apa pun aku tak tahu..

tapi yang aku tak boleh blah.. bila aku tanya ni..

aku: mak, mana internet??
mak: ada kat dalam beg gila. ko ambek la kat dalam beg gila.
aku: aikk makk! beg pun ada gila. tak ada kene mengena pun kena gila ke?

sebab tu la aku tak suka kalau mak aku mempelajari satu perkataan baru kerana ianya akan mengubah hari aku.


1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.