Cerita dah habis.

sambungan entry sebelum ini...

baju sudah siap disidai. aku berasa sungguh gembira seumpama sudah siap semua assignments yang suka muncul dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.

baiklah aku ingin menyambung kembali niat murni mengupdate blog yang sudah lama diabaikan seperti anak tiri yang dibenci ini.

minggu lepas aku balik rumah dengan harapan mak masak ketam, udang ataupun apa-apa sahaja yang selalu menjadi aset kepada mak untuk menjeleskan aku. kepada sesiapa yang tidak faham seperti bayi yang baru lahir sila lah klik apa yang ditulis ini. tetapi nampak gayanya mak hanya masak sambal ikan bilis sebab orang yang menjual segala isi laut itu tidak dapat bekerja kerana mempunyai banyak assignment.

ketika abah sedang memandu kereta sambil mendengar mak bercerita pasal orang kampung yang gemar menimbulkan masalah, aku dan angah hanya lepak di tempat duduk belakang sambil mendengar gosip terbaru tersebut.

mak berhenti bercerita dan kemudian mak menanyakan aku satu soalan. tetapi sebelum itu aku harus menceritakan ini dahulu.

satu iklan di radio telah membuatkan mak membuka cerita yang menggemparkan urat perjalanan darah di dalam badan aku.

pernah satu hari mak dan abah baru balik dari jalan-jalan pusing kampung dengan menaiki kereta. tiba-tiba mak dan abah terdengar bunyi kucing. kawasan kampung memang banyak kucing-kucing beriadah pada waktu petang kerana kawasan perkampungan melayu jarang ada anjing yang gemar beriadah seperti di New Zealand.

suara kucing yang sayup-sayup kedengaran seperti meminta belas kasihan itu telah membuatkan keadaan menjadi hingar bingar seumpama ada pengantin perempuan lari dari majlis pernikahan. lalu dengan yakinnya abah telah menekan brek kereta dengan harapan kereta dapat berhenti dengan bergaya.
keadaan yang sepatutnya tenang sengaja dicemaskan oleh mak aku.

dalam bonet, bawah tayar, atas tayar, dalam tayar, dalam enjin, dalam kipas, dalam tempat minyak petrol semuanya telah diskodeng dengan teliti. takut-takut ada kucing milik Maria Tunku Sabri telah dilanggar atau membunuh diri.
tetapi tiada kucing atau bangkai kucing yang kelihatan.

jadi berbalik kepada soalan yang mak aku tanyakan tadi. soalannya adalah ini:

mak: la...mana bunyi kucing ni la?
aku: ada ni. tadi kutip kat tepi jalan (dengan nada bergurau)
mak: haaa???? ko ambik buat ape??? sape nak bagi makan nanti??
aku: (serius kembali) mak, mana ada kucing. bunyi kucing tu tadi iklan kat radio laaaa!


"iklan??? ooooooooo...agaknya bunyi kucing haritu yang kita dengar tu iklan la bang" kata mak kepada abah.

Kasihan. Baru hari ini mak abah tahu. Sia-sia saja cek kereta haritu. Iklan ini menyusahkan juga.

3 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.