Lost contact! Lost contact!

assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh.
pelik tak tiba-tiba je makteh memunculkan semula diri selepas hampir 242 hari menghilang. mungkin ada di antara kamu menganggap bahawa makteh sudah meninggal. ye, jangan risau semua. hidup anda masih berseri dan kekal gembira seperti dulu kerana nampak gayanya makteh masih hidup.

jadi setelah sekian lama blog ini bersawang dan menjadi penempatan tikus selama tujuh keturunan, hari ini sudah tiba masanya untuk kembali memekak di sini.

baru-baru ini, kelihatannya mak aku sudah pandai menggunakan internet. tapi kegunaannya hanya satu, membaca surat khabar. jadi perebutan internet sudah terjadi sehingga membuatkan aku terfikir untuk memasang wifi di rumah ini.

sebagai anggota baru ahli internet, banyak benda baru dan perkataan- perkataan baru yang perlu mak aku pelajari. seperti yang kita ketahui, ahli baru kebiasaannya mudah ditipu oleh iklan yang menawarkan duit. tambahan pula, sifat yang sama yang ada pada aku, ada juga pada mak aku..iaitu sukakan duit yang mempunyai banyak angka 0 di belakangnya.

ketika aku tengah melopong membaca berita tentang pelajar yang ingin membunuh diri, tiba-tiba aku disergah dengan suara mak aku dari belakang.
bunyinya begini "la!!!tu duit tu..rm5000 setiap minggu..haa bukak la bukak!!"

sebagai anak yang baik, aku pun berkata "mak..takpayah mak,tu sume tipu belaka"

tetapi kata-kata aku telah dibidas dengan jayanya oleh mak aku "ala..bukak je bukak!!"

dengan pandangan yang mencurigakan terhadap iklan tersebut, tiba-tiba aje tetikus sudah sampai dan menekan iklan tersebut.

kemudian mak aku berkata lagi "haa la..bace! ape dia kata." aku sudah agak. mesti aku yang menjadi penterjemah punya. terasa seperti duta malaysia yang berada di afrika pula.

setelah membaca iklan yang panjang berjela-jela tersebut, aku pun menerangkan secara ringkas kepada mak aku. aku berkata "ouh..ni dia tipu je mak"

tetapi, setelah dipaksa bertubi-tubi, terpaksalah aku menerangkan jugak hakikat yang sebenar-benarnya.

dengan perasaan excited yang melimpah ruah, mak aku pun memaksa untuk aku mengisi borang pendaftaran. jadi terpaksalah aku menggadaikan apa yang aku ada untuk berkorban bagi mengisi borang tersebut. aku telah menggadaikan email yang aku sayang.

setelah itu, aku memberitahu mak aku bahawa nanti perlu mengikuti seminar. lantas dengan itu, mak aku membuat muka ketakutan yang menakutkan aku lalu berkata,
"haa??seminar? ishh..takpayah ar la"

dengan perasaan lega di dalam hati aku pun berkata "haa? betul ke taknak?"

lantas mak aku pun membalas dengan jawapan yang menduga kewarasan akal aku, mak aku berkata,
" dah...tak payah tak payah..nak ade seminar la ape la..dah tak payah..lost contact lost contact!!!"

"haaa?? lost contact? disconnect la mak!"
"haa yelah..disconnect!"
"hahahaha..ade ke lost contact."

sejurus dengan itu, aku dengan mak aku sekali ketawa. maklumlah, baru mempelajari bahasa internet, tersalah makna agaknya.

pada pukul 1 pagi macam tu, pihak iklan tersebut telah contact mak aku dengan menghantar mesej yang menyuruh mak aku cek email.

nampak gayanya walaupun mak aku telah disconnect internet, tetapi tetap jugak tak dapat nak lost contact dengan mereka.

p/s: mungkin mak aku perlu mengatakan "lost contact lost contact" pada mereka.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.