Pengalaman hari ini.

hari ini makteh memang tidak dapat meluangkan masa bersama air milo kesayangan makteh sejak dari pagi. ini semua sebab hari ini makteh terlampau banyak aktiviti yang tidak terduga, barulah aku paham macam mana perasaan pengetua sekarang bila tiba-tiba je diinformkan ada majlis yang dia kena pergi. jadi bezanya di sini ialah aku lebih muda.

hari ini ada bengkel fotografi di KAB. aku tak tahu apa intisarinya sebab aku tak datang dan tak boleh datang sebab tak bayar yuran untuk menyertainya.

tapi sebelum tu, aku dengan baik hatinya telah pergi ke padang ragbi dulu untuk usha-usha player KAB main ragbi. walaupun dalam hati tak meletakkan harapan yang terlampau, tapi disebabkan aku bosan duduk dalam bilik sorang-sorang yang hanya bertemankan baldi kosong, jadi aku pun turun padang bersama kamera yang aku lupa nak cas.

sesampainya di sana, alangkah terkejutnya tuan hamba~~ apabila ramai lelaki di sana. mana perempuan?  aku usha-usha, angkat kepala sikit dari bumbung kereta orang, intai dari celah-celah pokok, cek bawah kerusi, bawah kereta semua, akhirnya aku jumpa jugak perempuan kat sana! dia adalah anggota BSMM, iaitu manusia ambulans.

kalau penonton, rasanya padang tu macam ada tulis "MAAF! PEREMPUAN DI LARANG ADA DI KAWASAN INI!" . jadi dengan rendah dirinya aku pun menapak dalam keadaan yang sayu dan menakutkan.
keyakinan aku yang tinggi semasa menonton taekwando, futsal dan bola jaring telah hilang serta merta.

disebabkan aku ini sangat pemalu orangnya, jadi tidak sampai hati pulak nak mendekatkan diri kepada geng KAB yang baru lepas dikalahkan pada perlawanan pertama. bukan malu sebab kalah, tapi sedaya upaya cuba mengelakkan orang mengambil autograf aku. (boleh dilihat autograf banyak di pokok-pokok yang diukir sendiri)

sepanjang menikmati perlawanan yang langsung tidak difahami oleh aku itu, beberapa keping gambar telah berjaya ditangkap oleh aku dan aku rasa dari gambar-gambar tersebut seumpama ada maksudnya yang tersirat. nak tahu? tak boleh!

tipu saja! gambar-gambar di bawah ini. sila lihat okay! kalau tak penat-penat je aku pergi cuci kat kedai dobi tadi!

inilah dia team KAB yang patut dibanggakan walaupun hanya MENANGgung kekalahan hari ini. adatlah main congkak pon ada menang ada kalah jugak!










ini adalah Kapten P

 pokok yang menjadi pilihan orang ramai untuk landing baekkk punyerr~~


jadi itulah dia cerita-cerita yang mampu aku rungkaikan buat masa ini. menjadi CSI tidak mudah ye tuan puan sekalian! setakat ini, ini sahaja kes yang mampu diperkotak katikkan di sini. kalau ada hati yang marah sila tampil ke hadapan dan kebelakang balik.

balik je dari tengok rugbi yang ganas ini, aku memang tak ada niat pun nak masuk ragbi. jangan haraplah! 

lepas tu aku di ajak pula pergi ke Putrajaya. kesinambungan bengkel fotografi tadi. sebab pergi sana adalah untuk sembahyang di masjidnya yang indah itu.(bagi aku lah). 

kesemua fotografer yang mengambil bahagian dilepaskan untuk membuat hal masing-masing. maaf, aku tak memegang diari mereka jadi aku tidak tahu apa yang mereka semua buat pada hari ini.

disebabkan kamera aku yang sudah nazak, jadi hanya beberapa keping gambar saja dapat di ambil.
berikut adalah antara gambar yang berjaya aku ambil sebelum kamera aku meninggal.



jadi ini sahaja gambar yang mampu diketengahkan. aku harap kamu semua faham betapa nazaknya bateri kamera aku tadi.

balik dari Putrajaya pukul 7.05 malam. jadi dah nak maghrib. setelah selesai semua, pukul 9.30 malam kena turun ke tempat parking pulak. ada latihan kawad untuk perbarisan.

tapi kali ini, memang tak ada gambar. kalau tangkap gambar pun mesti kena bahan sebab terpengaruh dengan bengkel fotografi siang tadi.

tergelak-gelak aku mengajar kawan-kawan aku kawad. ada jalan cepat sangat, ada jalan macam power rangers. nasib baik aku tak suka emo-emo. aku suka gelak. jadi kesimpulannya semua mereka pun turut gelak.
setelah memerah tekak mengajar orang kawad, aku pun balik dan menulis blog ni. aku penat sekarang. aku nak tidur.

3 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.