Adakah aku patut dilempang?

sudah!sudah!sudah!aku tidak tahan lagi dengan karenah kamu semua!baiklah.aku akan ikut cakap kamu.setelah begitu banyak surat ugutan aku terima dari peminta autograf yang menyuruh aku mengupdate blog,maka terpaksa juga aku lakukan.

ada yang nak belanja aiskrim, kasi baucer penginapan 3 hari 2 malam di jamban rumah yang baru dibaiki, hantar KFC menggunakan pos laju, menghadiahkan bunga tahi ayam serama dan macam-macam lagi. aku sudah tidak sanggup lagi dengan ini semua. jadi hari ini akan terupdatelah ruangan ini!!hahahahahahahaha!!wah aku tergelak seperti orang jahat pula. aku perlu insaf sekarang.

kalau nak diikutkan, selama 19 tahun aku hidup ini mungkin sudah banyak penendang, pelempang, penumbuk, disekeh kepala, direndam dalam air, dihantar pergi bercuti dan macam-macam lagi aku terima oleh rakan-rakanku khususnya.

mereka katakan aku gila. adakah aku gila? semestinya tidak. sebab orang gila tidak tahu untuk hibernate komputer untuk digunakan lagi keesokan harinya seperti yang selalu aku lakukan. mungkin disebabkan perihal aku yang tidak boleh diterima pakai oleh akal fikiran manusia ini.

dulu pernah satu ketika..ketika jepun sudah tidak memerintah malaya lagi semestinya, aku begitu bosan sekali. bila aku tenung henset aku, tak ada pula mana-mana artis terkemuka ingin memberi mesej kepada aku mahupun telefon aku. kenapa agaknya? aku pun kurang pasti.

kalau aku superman, mungkin sudah hancur henset itu ditenung oleh aku menggunakan mata laser beam. bukak inbox, yang ada pun mesej kawan aku yang begitu panjang dan akhir sekali ada tulis '*some text missing*. bila mesej macam tu, tak lama lepastu mesej tu akan update sendiri ayat-ayat yang seterusnya. tapi penat aku tunggu. tak update-update jugak walaupun sudah sebulan berlalu. jadi aku pun hantar mesej pada dia.

tapi tak ada la panjang sangat. pendek sahaja. ia adalah untuk mengelakkan ada ayat yang tidak digemari itu lagi. tetapi pada keesokan harinya, dia berkata kepada aku "la..mesej ko semalam ada *some text missing* la..penat aku tunggu, tak update-update gak" kata beliau.

jadi aku berfikir. maknanya mesej aku sudah sampai dengan sempurna. jadi aku pun berkata kepadanya "ouh..*some text missing* tu aku tulis sendiri. aku tak ada idea nak cakap apa lagi semalam. tu yang aku tulis camtu tuh." kataku. masa tu dia tengok je aku. dari lirikan matanya macam nak belasah aku pun ada. kenapa agaknya? tak faham.

pada hari lainnya aku hantar lagi mesej kepadanya, kali ini aku sudah insaf. aku tak ada tulis *some text missing* lagi. sebab memang ada sesuatu yang perlu aku bagitahu padanya. lepas aku hantar mesej, kawan aku pun balas. "laa..ko kenapa??". lihat!begitu prihatin kawan aku pada aku bukan. padahal aku hanya hantar mesej yang bertulis "nothing to display" padanya.

terus dia bertanyakan khabar aku. rakan-rakan aku memang baik. tapi pada keesokan harinya, seperti biasa. aku dapat merasakan aura-aura jahat! lirikan mata yang agak tidak puas hati dengan aku. kenapa agaknya? tak faham.

kali ini aku memang betul-betul insaf. tak ada lagi mesej-mesej sedemikian lagi. aura-aura jahat juga sudah tidak kelihatan di dalam lirikan mata mereka. (mungkin ada, tapi aku buat-buat tak nampak). kawan aku meminta tolong kepada aku untuk memberikan mesej selamat berbuka puasa yang agak best, penuh dengan pantun dan bermadah helah disertai kata pujangga untuk dihantar kepada orang. jadi sebagai gadis yang baik, aku pun hantar mesej berbuka puasa yang aku rasa sungguh indah sekali untuk dibaca, iaitu "selamat berbuka puasa". best bukan ayat ini? tapi dia gelak pula. tak faham.

2 ulasan:

  1. najla,
    aku
    nak ko dgr ckp
    aku, dah2
    jgn buang masa, ko tu nk trial

    BalasPadam
  2. wakakakakakkaa...nak trial erk..good luck najla!!

    hahaha bad

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.