Mak jadi hip hop seketika.

hari ini aku tak tahu mak lepas tengok cerita apa. tapi nampaknya harini mak kelihatan agak hip hop. tetapi tidak hip hop sepenuhnya kerana masih berbaju kelawar. seperti baju tidur itu. mungkin lepas dengar lagu Zaiton Sameon. tapi aku tak sure kalau lagu Eton ada style hip hop. aku main tulis sesedap rasa saja.

selepas selesai masak lemak nenas, mak pun dengan pantasnya ambil pinggan untuk makan. (bukan makan pinggan tu,harap maklum) lalu dengan pantas mengejutkan Encik Ismail iaitu suami mak yang sedang tidur duduk itu.
masa aku lalu depan abah, aku jerit "mak, abah tidur duduk".
mak pun dengan selamba menjawab, "ohh..tidur duduk tu selalunya ayam". automatik selepas itu abah terus baring. mungkin tadi hanya tidur-tidur ayam sahaja. (mungkin betul apa yang mak kata tadi).

tapi yang aku tak paham, tiba-tiba je mak berubah jadi hip hop.
"bro...bro..marilah makan bro..dah siap masak" kata mak kepada abah.
"bro..jla (aku) duduk sopan la bro..bersimpuh, kaki silang...cun la bro."
aku pun terus menukar wajah dari wajah ayu ke wajah kepelikan. kaki yang bersilang tadi terus terlipat.
"mak..lebih baik mak cakap, mak baru lepas tengok cerita apa?". sebab aku tanya macam ni kerana mak aku senang terpengaruh dengan iklan ataupun cerita di televisyen. kau tak percaya? biar aku bagi bukti.
dulu ketika iklan herba Mas Cotek terbang ke udara, mak tak habis-habis sebut mas cotek. yang takda kena mengena pun boleh terkena.

contohnya:
abah: haii laa..baru balik..dari mana?
mak: jla baru abes dating dengan Mas Cotek.
aku: huh? ni mesti sebab iklan tuh..
(padahal aku baru balik sekolah,abah boleh lagi tanya?)

see!

berbalik kepada hip hop tadi..
mak tak jawab soalan aku tapi terus menerus dengan 'bro' nye.
"bro..apsal tak makan ikan masin tuh bro?" kata mak kepada abah lagi. abah pulak dengan pantas mengambil ikan masin kegemarannya tanpa mengendahkan kehiphopan mak. mungkin abah berfikir lebih elok daripada mak cakap jawa seperti bulan lepas.

aku tak tahu bila mak akan sedarkan diri seperti sediakala. aku harap secepat mungkin sebelum mak aku ke level hip hop seterusnya, iaitu menari breakdance.

2 ulasan:

  1. klu mak ko nari breakdance rakam ye. share kt sni..

    hahahaha

    lwk sungguh mak ko!

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.