sekarang ini musim kemarau ke? aku pun tak tahu sebab baru saja turun ke bumi 34 minit yang lepas kerana seronok bermain game 'Alien Fighter' di komputer.
jadi aku pun pergi keluar rumah. dengan sopan santunnya, aku pun pergi ke arah mak aku dengan senyap sehingga beliau terkejut dengan kehadiran aku. lalu mengatakan 'oh mak kau'.
hari petang yang panas selalunya akan mendorong mak aku berdoa supaya hujan turun.
setiap kali berdoa, doanya adalah seperti ini :
"ya Allah ya Tuhanku, turunkanlah hujan". ye. sangat simple dan straight to the point. jadi kalau kamu tidak paham, aku pun tidak paham dengan kamu. bahasa apa yang kamu pelajari?
jadi hari itu mak aku pun berdoa. cuma lain sikit style nye. begini doanya :
"ya Allah ya Tuhanku, turunkanlah uban" . ha? uban? aku pun terkejut. lalu berkata:
"mak..uban tu lambat laun mak akan dapat jugak. usia makin lama makin meningkat. uban pun ada lah kat atas kepala".
lalu mak aku pun ketawa dan berkata :
"mak tersasul lah!"
ouh. jadi aku pun join mak aku ketawa.
hari berikutnya. kelihatan mak aku keluar dari bilik setelah penat bermain tennis dengan Sandy. mungkin penat kerana asyik kalah. tidak heran.
sambil melangkah keluar ke dunia nyata, mak aku pun berdoa lagi untuk hujan turun.
"ya Allah ya Tuhanku, turunkanlah uban".
aku memandang mak aku dengan wajah kerek. lalu aku pun berkata :
"mak..uban tu lambat laun nanti akan ada jugak atas kepala."
mak aku pun ketawa lagi dan berkata lagi :
"eh uban lagi. mak asyik tersasul aje."
yeke mak? (muke kerek sambil mengangkat kening bersama senyuman yang menjengkelkan)
Padeli Penggoda
1 hari yang lalu
