Bila Kpop jadi dangdut

hari ini adalah hari raya haji. selamat hari raya semua. bukan melapah daging namanya kalau tidak berbau lembu.

aku merasakan sesuatu yang lain macam hari ini. bukan kerana aku berbau lembu, tetapi statistik yang aku buat menunjukkan ketagihan mak terhadap facebook pada hari ini telah menurun. laporan menunjukkan dua minggu yang lepas ianya berada di tahap 'mangsa facebook keterlaluan' atau dalam omputihnya 'very dangerous level'.

sebelum facebook, mak addicted bermain game. segala jenis game telah dipaksa untuk install di dalam pc mak. aku bersyukur kerana netbook tidak ada cd player dan bersyukur juga kerana mak tak tahu yang external player itu boleh dibeli di kedai. semuanya kerana aku risau tahap kesihatan mak yang suka bermain dalam gelap dan tidur lambat. aku memang anak yang baik. terima kasih.

dan hari ini aku perhatikan terdapat sesuatu yang baru.

hari ini mak gembira atas sebab-sebab tertentu. maka di atas kegembiraan itu mak telah melayan utube pula. pada mulanya aku tidak mengesyaki sesuatu yang serius. tapi bila aku menjenguk mak di dalam bilik, aku lihat mak tengah karaoke lagu dangdut sedih. aku tidak risau langsung. itu hanyalah perkara biasa.

waktu aku bersenang lenang tanpa memikirkan masa depan dengan serius, aku terdengar lagu korea.

aku: apesal mak layan kpop pulak ni????
angah: itulah pasal....

aku dengan pantas pergi ke bilik mak. memang betul. ada wanita yang berkulit putih gebu menari-nari sambil menyanyi lagu yang sepatah haram tidak dipahami oleh aku. menurut pengalaman aku, itulah kpop.

mak pun berkata... "mak kan suka lagu rock"

aku: mak..ni kpop ni. mak layan kpop kenapa?
mak: ala lagunya best..

lalu untuk melihat tajuk lagu tersebut aku pun telah scroll mata aku ke atas..tajuk lagu itu adalah
 'dangdut (korea)'.

kau tak tahu macam mana aku dengan angah gelak pasal ni.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.