Overthinking yang melampau

kalau dalam kelas mesti otak akan fikir benda lain. jahat betul syaitan ni.

penipuan lah itu namanya jikalau ada manusia mengatakan bahawa dia tak pernah melalui zaman kanak-kanak. manusia bukan berasal dari perut buaya, keluar je terus nak makan orang! kalau terjumpa manusia yang berkata sedemikian, masukkan saja dia ke dalam perut buaya.

ketika di zaman kejahilan aku yang masih tidak berilmu iaitu ketika aku kanak-kanak, kenikmatan yang aku suka hanyalah tidur dan bermain ting ting di waktu petang. sehinggalah suatu hari aku dengan mengada-ngadanya ingin mengikut abah pergi mengunting rambut. sepanjang kehidupan aku ketika itu, penggunting rambut yang aku kenal hanyalah seorang iaitu Mak. apabila aku sampai ke kedai gunting rambut itu, aku terkejut kerana penggunting rambut itu sedikit pun tidak menyerupai Mak. rupanya seperti Padaiyappa. aku sedikit kecewa. nasib baik mak ada di rumah.

selesai menggunting rambut abah, Padaiyappa itu ingin mencukur janggut abah pula. dia meletakkan buih seperti buih axion ke muka abah. abah pun memejamkan mata. ketika inilah yang membuatkan aku kelihatan seperti manusia yang sangat kasihan.

disebabkan abah memejamkan matanya, aku pun menangis. bukan kerana aku sedih janggut abah akan hilang, tapi ketika itu aku menyangka bahawa abah sudah tiada lagi. ini semua gara-gara kerana abah memejam mata terus tanpa buka selama lima minit setengah. mungkin aku menyangka bahawa jika ingin mencukur janggut kenapa abah perlu tutup mata? bukannya ada janggut di mata abah. kerana itulah aku berfikir sedemikian.

yang paling membuatkan aku ingin memukul diri sendiri apabila teringat keadaan itu ialah, aku ketika itu hanya takut kerana tidak tahu pulang sendiri ke rumah kerana tiada siapa akan bawa kereta. kejam betul rasanya. kemudian abah membuka matanya dan memandang aku sambil tergelak melihat aku menangis. abah bertanya kenapa aku menangis. syukurlah aku tidak mengatakan apa-apa ketika itu. kalau tidak tentu aku akan menangis betul-betul kerana ditinggalkan di situ. paling sikit pun kepala aku akan disiku abah.

tetapi apabila diingatkan kembali peristiwa itu, aku bersyukur sekarang kerana ianya hanyalah anggapan seorang kanak-kanak kecil yang comel yang masih tidak tahu bagaimana untuk hidup. aku gembira masih mempunyai mak dan abah yang happening.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.