Bila mak jadi komposer.

tak payah lah aku susah-susah nak bagitahu yang aku dah lama tak update sebab bukan ada orang kisah pon.

dua bulan aku harus menetap di rumah menjadi cleaner sepenuh masa memandangkan rumah masih direnovate depan dan belakang, jadi aku pun akan sakit pinggang depan dan belakang.

betul kata mak, "kalau kau tak malu rumah macam tongkang pecah kau bawaklah kawan"...cuma bezanya tongkang pecah tak ada aku di dalamnya.

dua malam yang lepas, ketika aku mengada-ngada sibukkan diri dengan membasuh cawan, mak aku telah mendendangkan lagu yang aku masih ingat sampai hari ini. aku kena ingat sebab belum tulis dalam blog, lepas tulis aku akan lupakan lagu tersebut.

lagunya begini:

alangkah malangnya nasibku...
selepas dapat burung hantu..
giginya tinggal satu (tanpa melodi yang dapat dikenalpasti)

rasa macam nak terhempas pinggan yang aku tengah basuh masa tu. memang semua lagu ciptaan mak aku takkan dapat faham. sangat abstrak.

kata mak, "sedap tak lagu mak reka??"
kata aku, "masalahnya sekarang, mana mak dapat burung hantu tu?"

hahaha! hanya itu jawapan yang aku dapat dari mak.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.