lukisan

hari aku gembira kerana telah menjumpai semula pensil warna aku yang lama hilang. dulu masa darjah 1,2 dan 3 aku jeles kalau nampak budak lain pakai pensil warna yang latest, cover dibuat daripada besi, pilihan warna banyak sampai ada 24 jenis, manakala aku....hanya pakai pensil warna lama abang aku yang dah kontot..

hari ini aku dah besar! aku dah ada kaler warna sendiri. ada 24 batang pensil warna!! semuanya belum kontot lagi. akhirnya setelah 12 tahun menanti, aku ada jugak pensil warna sendiri yang mempunyai 24 jenis warna kesemuanya.

baiklah aku nak melukis!


buat pengetahuan semua, aku bukannya tak pandai melukis. tapi aku malas nak lukis cantik-cantik. nanti orang mintak upah melukis untuk mereka pulak. kalau nak melukis kena ikhlas, tak boleh berupah-upah. (aku harap kata-kata ini sudah cukup untuk menyakinkan kamu semua).

walaupun kaler warna bertambah, tapi bakat melukis masih pada takuk yang sama....

3 ulasan:

  1. tahniah le dah pandai melukis.
    hehehe :)

    BalasPadam
  2. nih mmg tak mcm slalu lukisn ko...haha..

    BalasPadam
  3. nisa - heheehe..mmg pndai melukis dr dulu, sje xnk tunjuk.

    irna - aku tau, lg cantik kan?

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.