Huruf besar buat kau nampak macam menjerit.

sekarang aku ingin berikan satu soalan kepada kamu semua. adakah aku semakin baik hati sejak aku masuk UKM????? aku pasti ramai yang mengatakan YA! walaupun di dalam hatinya tidak seikhlas mana.

sejak aku masuk ke UKM, mak aku sering menghantar mesej-mesej yang berbaur kekerekan kepada aku. disebabkan mak aku tahu yang di sini tidak terdapat Kedai Awe, jadi dengan mudahnya mak membuat aku iri hati.

salah satu mesejnya adalah seperti ini "HARI INI MAK ADA MASAK KETAM. MAK DENGAN ABAH MAKAN DUA KETUL SORANG". semuanya ditulis dengan huruf besar dan tidak mempunyai tujuan yang jelas di situ. kadang-kadang macam ada niat lain.

beberapa minggu kemudian....
"HARI INI MAK ADA MASAK UDANG GALAH". arghhhhhhhhhhhhh!! aku nak balik! aku nak balikk!!

mak aku pandai psiko aku.

tetapi memang mak aku tak tahu nak kecilkan font pon. jadi dimaafkan di situ. memang sejak pertama kali enset berada di tangan mak aku, mak tidak diajar cara-cara mengecilkan font. enset yang mak aku gunakan pun semuanya jenama yang tidak berguna yang tak tahu nak kecilkan font sendiri macam Nokia. nampaknya aku perlu hasut mak untuk menukar enset.

semuanya adalah kerana salah faham sering terjadi. salah satunya adalah seperti ini "BILA KAU NAK BAYAR DUIT KUTU?" adakah mak aku sedang menjerit dan memarahi orang tersebut???? kalau kami anak-anaknya memang dah faham, kalau orang lain?? memang ramai yang rasa macam berurusan dengan Ah Long pulak nanti.

tak pasal-pasal pulak orang ingat mak aku tengah peras ugut mintak duit.

aku dah ajar banyak kali untuk kecilkan font, tapi mak aku lagi tertarik dan ingat masa aku ajar cara-cara main game Snake.

telefon tu memang tak guna.

1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.