Aku tak paham dengan esaimen

lama jugak aku biarkan laman sesawang ini menjadi sesawang sawangnya. labah-labah boleh membina empayar yang zalim jika diberi masa lebih lama. tetapi syukurlah aku berjaya memusnahkan cita-citanya. "impianku sudah tinggal impian yang berkecai", kata labah-labah jantan kepada labah-labah separa jantan.

tetapi bukan pasal labah-labah yang ingin aku debatkan di sini. dan aku juga tidak pernah menjadikan tempat ini sebagai satu tempat yang membosankan seperti itu (kalau para pendebat tahu mesti mereka berkecil hati seperti hati kuman yang mempunyai masalah hati sejak lahir)

seperti yang sudah diketahui oleh ramai pihak, aku memang baik. terima kasih. jadi kerana itu aku berhasrat untuk makan seorang diri. ini adalah kerana, semua orang akan menganggap aku yang baik hati ini akan membelanja mereka makan. itu adalah tidak tepat sama sekali. ianya satu kesalahan tatabahasa yang besar dalam bahasa lisan dan juga bahasa bukan lisan dan ianya tidak boleh dimaafkan.

sejak kebelakangan ini aku agak sibuk dengan aktiviti sehingga mampu membuatkan aku rasa seperti seorang menteri kabinet punya tukang kebun (kerana rumah menteri semuanya mempunyai laman yang besar dan banyak pokok bunga yang ditanam oleh isteri-isterinya sehingga memenatkan tukang kebun)

lebih kurang sebulan aku di tanah UK of Malaysia ini. rindu pada keluarga di kampung kian terasa. jauh di perantauan ini sangat memilukan seumpama lagu 'terdengar takbir di angkasa, selembut bayu meresap ke dalam jiwa..'. walaupun hanya 40 minit saja untuk pulang ke rumah, tapi aku sengaja mengada-ngada ingin membuat cerita sedih dengan harapan ianya berjaya membuat kamu semua insaf dan melakukan solat taubat dengan segera.

aku malas untuk update lagi. menghabiskan dakwat. Ya, aku memang sengaja meletak tajuk yang tiada kena mengena untuk mengenakan kamu semua. Haha. Padan muka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.