SUPER POWER!

haritu adalah hari terakhir puasa. dengan bersemangatnya aku bangun untuk sahur sebab aku tahu esok aku takkan bangun untuk sahur sebab esok raya. kalau aku nak puasa pun haram. kalau bangun sahur jugak itu namanya aku curik-curik makan. jadi kesimpulannya aku bangun sahur. boleh kira berapa kali aku bangun sahur. tahun ni kira-kira lima kali je aku bangun untuk sahur. hari selebihnya aku hanyut dalam mimpi yang mengelirukan.

aku tak tahu nak makan apa. kalau aku makan pun belum tentu makanan tu berjaya sampai dalam perut aku. normalnya orang tak makan pagi-pagi buta macam tuh. mesti makanannya akan berada di dalam mulut dalam waktu yang lebih lama sebelum sampai ke esofagus. kunyah punya kunyah sampai nasi yang dimakan tadi hancur menjadi bubur. tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
jadi aku mengambil keputusan untuk minum air saja. tapi aku tak tahu pula nak minum air apa. kalau boleh aku nak air ribena.....itu pun kalau aku berniat nak tidur dalam toilet hari itu. 
melihatkan keadaan itu, mak aku pun mencadangkan supaya aku minum air Super Power. kau tahu tak yang mana? kalau kau lupa biar aku ingatkan. iklan dia macam ni :

jin berbadan hijau: boleh saya tolong anda?
lelaki berbaju pagoda:  aku nak powerrr!!
jin berbadan hijau: power????senang nyer!! SUPERRR POWERRRR!!! (BOOOMMM!!)
lelaki berbaju pagoda: eeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!! (berlari dengan cepat masuk ke dalam rumah)
jin berbadan hijau: ini Super Power memberi anda tenaga. (sambil membuat muka kerek yang memaksa untuk beli).

jadi aku harap kamu sudah ingat. kalau masih tak dapat ketchup, pergi bukak youtube sendiri. aku malas.
lalu mak aku pun menyuruh aku minum air tersebut sebab katanya bagi tenaga. satu hari jadi tak penat. kata-katanya begini:

mak: laa minum air ni la. elokkk.. mak minum tak penat langsung puasa.
aku: haa? yeke?
mak: iyeee.. SUPERR POWERR! (sambil menjulang tangan ke atas seperti menang dalam pertandingan memasang singki)
aku: memandang dengan muka yang tidak difahami oleh sesiapa.
mak: addoiiidoiidoii...adoiiii! tangan mak sakit... -tangan yang dijulang tadi. harap maklum-
aku: haa ape yang powernye! mak baru lepas cakap tangan terus sakit. 
mak: adoii..tangan kanan mak ni sakitt..laa urut cepat. (sambil ketawa)
aku: (turut ketawa) ape lah mak. baru je minum air Super Power, lepas buat SUPERR POWERR!! tangan terus sakit. amende yang powernye? dah la lepas buat trademark!
mak: adoiiii sakit tangann..(meneruskan ketawa)

selepas seketika aku mengurut tangan....

aku: haa dah ok?
mak: kejap mak cuba..SUPERR POWERR! (sambil menjulang tangan ke atas macam tadi)
aku: melopong.
mak: haaa macam dah ok. kejap-kejap..cuba lagi.. SUPERR POWERR!! adoiiiiii! adoiii laa sakit balik!
aku: bhahahaha! ape punya test lah mak buat tadi. orang kalau nak tahu dah elok ke tak selalunya rasa-rasa je tangan tuh. mak pergi buat demo balik kenapa.. kan dah sakit balik..bhahaha!
mak: hahahhaha..adoiii sakittt!

jadi kesimpulannya, pandai-pandailah kau menilai sendiri. aku tak nak buat sebarang spekulasi di sini. takut di saman pula.

3 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.