Entiti apakah itu?

terima kasih kepada Google Chrome kerana telah remember paswed blog ini. kalau tak terpaksa lah aku memandang dengan sayu sahaja tempat login tadi.


sebulan bertapa di rumah membuatkan aku makin kenal erti kehidupan. maka erti kehidupan bagi aku kini ialah "jika hendak masak nasik, masak lebih atau anda akan kebuluran di tengah malam". setakat ini, itu sahaja yang aku dapat pelajari.

lepak kat rumah buat aku sedar bahawa waktu tengah-tengah malam ini sebenarnya mempunyai kuasa yang pelik. kuasa yang mampu membuatkan seseorang itu seperti dirasuk.  ikut lah kau nak percaya ke tak.

pernah satu waktu, pada pukul 4.00 pagi aku masih belum tidur sebab aku tak cuba tutup mata pun. tengah berpura-pura seperti seorang yang sibuk membuat esaimen, tiba-tiba sesuatu melintas di depan aku. ianya bukan haiwan yang pasti.  ia melompat-lompat berulang kali, melintas berulang kali di depan aku. aku terpaku.

ianya seperti entiti. aku ingatkan pontianak atau pocong. aku mula seram sebab keadaan waktu tu gelap. tak nampak dengan jelas. jadi aku tunggu lagi ia melintas. selepas itu barulah aku dapat kenal pasti apakah makhluk itu. ianya bukan pontianak atau pocong mahupun keranda terbang, ianya lebih mendebarkan jiwa. iaitu mak aku. =.=' 

mak tengah cuba untuk menari ballet katanya. tapi setiap kali ingin terbang, ia jadi melompat. daripada ballet menjadi gimnastik. at least gimnastik masuk olimpik. jangan tanya kenapa mak aku menari ballet pada pukul 4.00 pagi. =.='

aku bersyukur kerana mak tidak melakukan perkara itu sambil memakai telekung. kalau tidak aku pasti tidak akan kenal erti kehidupan.


1 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.