sebenarnya aku tahu rahsia engkau

aku ini stalker tegar. ramai yang tidak tahu aku tahu mengenai mereka. ramai juga berfikir bahawa aku tidak tahu mana satu blog mereka walhal aku sudah membaca semua entry ketika mereka sedang nyenyak tidur. dan apabila mereka menyedari dan ingin delete segalanya sudah terlambat kerana aku sudah print screen dan simpan dalam pendrive untuk mengugut mereka kelak.

ada yang pernah menulis entry berkenaan rahsianya membuat parti hari jadi di rumah tetapi rasa serba salah sebab tak ajak rakan-rakan dan takut jika rakan-rakan dia tahu. dia risau jika makanannya habis di makan sebelum majlis bermula. jadi dia merahsiakannya. apabila dia tahu aku tahu, dia ingin memadam terus blog itu. BLOG! bukan entry tapi blog! tapi semuanya telah terlambat sehingga tahun berikutnya dia tidak ingin tahu pun bila hari jadinya lagi.

pernah ada seorang pemuda ini menceritakan di dalam blognya bahawa dia begitu menyukai dengan seorang rakannya ini. kawan baiknya. masalahnya ialah rakannya itu adalah lelaki. GAY! bila aku tahu aku terus memprovok beliau dengan sering menghantar kata-kata berbaur kutukan berserta dengan hadis-hadis yang mengatakan Nabi tidak mengaku umat terhadap pasangan homoseksual. aku memberi alasan aku tersalah hantar. dia begitu stress dan akhirnya menjadi orang tabligh.

satu masa dulu juga terdapat blogger tegar yang sering mengutuk seorang pakcik tua yang sentiasa berjalan lambat ketika dia ingin menaiki tangga monorail untuk pergi kerja. lalu aku pun menyebarkan blog beliau itu untuk dibaca oleh orang ramai dan ramai mengutuknya kerana tidak bersikap seperti manusia budiman. selepas itu dia terus menulis entry bahawa kini tiap-tiap pagi dia akan menunggu pakcik tersebut untuk mendukung beliau menaiki tangga supaya pergerakan lebih cepat.

yang paling teruk terjadi terhadap seorang guru. dia selalu menulis di dalam blognya bahawa setiap kali mengajar di kelas budak kurang pandai, dia tidak mengajar pun. hanya bermain game angry bird di dalam androidnya sehinggakan budak-budak yang kurang pandai itu menjadi tidak pandai langsung. kasihan sungguh. lalu aku yang kejam ketika itu pun menghantar surat layang terhadap pengetua sekolah itu. aku menulis jika tidak dibuang guru tersebut, aku akan mendedahkan rahsia yang pengetua itu tulis di blognya pula! kau tahu kenapa? kerana guru itu adalah guru aku juga dulu. dan aku pula adalah pelajar di kelas yang kurang pandai itu.

tetapi akhirnya guru itu tidak berjaya dalam cubaannya untuk membuat aku tidak pandai. sebaliknya aku menjadi bertambah pandai. lihat sahaja sekarang ini. aku berjaya menipu kamu semua dengan cerita-cerita di atas ini yang sebenarnya palsu.

yang betul,
makteh..

2 ulasan:

  1. :haha makteh...mmg best crita ni.. >_< 100 credit to makteh

    BalasPadam
  2. hahahhaha . to0 perfect makteh :) suka2 . hahahha

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.