Tragedi SMS

luka di kaki aku tidak seteruk rambut yang gugur. luka di kaki esok lusa baiklah nanti. tapi rambut yang gugur kalau pergi yun nam hair care baru baik.
tapi aku tak mengalami keguguran rambut yang kritikal dan sadis.

semalam aku bermesej-mesej dengan mak disebabkan keciputan kredit. mak dengan selambernya menyerang aku dengan mesej pertama.

"haa anak btuah lma x dngar brita ada wet lgi x dn blak kau apa kabau hidup ke lgi tnyalah kat diaklu......bla bla bla bla"

maksudnya "haa anak bertuah lama tak dengar cerita, ada duit lagi tak dan balak kau apa khabar, hidup lagi ke? tanyalah kat dia kalau....blaaaaaa"

aku pun menjawab kembali mesej tersebut dengan ayat yang penuh sopan santun dan memenuhi kehendak soalan mak aku.

"bla bla bla bla bla blaaaaaaaa...". harus diingatkan di sini bahawa aku bukanlah anak derhaka yang menyuruh mak aku bla. sila lihat * di bawah untuk memahami maksud bla.

beberapa minit selepas itu mak membalas mesej aku dengan ayat yang penuh dramatik. biarlah aku terjemahkan terus ayat Da Vinci Code mak aku.

"terperanjat mak tengah hafal surah kau sms, terkentut mak. oo bilik kau belum siap, mak nak tanya, kau nak bilik yang mana? tolong topupkan ye.."


tergelak aku membacanya. boleh pulak mak terkentut sebab aku sms. dramatik sangat. last-last ayat mintak topup. macam tak ada link dengan ayat sebelumnya. ni mesti kes malas nak keluar pergi kedai topup or abah aku lupa nak belikan topup mak aku. jadi penyelesaiannya selalu senang, iaitu mesej anak-anak mintak topup. beres~

*bla bla bla bla kerana isi kandungan mesej tidak boleh disiarkan kepada umum.

2 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.