Ada benda aku nak beritahu tapi aku tak sampai hati

memandangkan dah kembali ke tempat belajar, maka aku perlu kembali menjadi orang educated. maka 'gua lu' takkan digunakan pada hari ini. kalau kau rindu, bagitau. aku akan cuba sedaya upaya jadi biadab macam dulu walaupun semua tahu aku memang bersopan santun. makanya hari ini bersiap sedia lah untuk melihat bagaimana caranya jika aku bersopan santun.

terdapat beberapa perkara yang ingin aku beritahu. tapi aku malu. maklumlah gadis kampung memang begini. pemalu serta berbudi bahasa. contoh terdekat adalah aku. walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, namun apakan daya. aku tidak mampu menghalang kejelesan orang ramai.

1. aku nak komen dekat status yang engkau buat di fesbuk, tapi aku takut. aku takut kau ingat aku nak mengorat kau. sebenarnya lebih kepada tidak sampai hati. tidak sampai hati aku untuk melihat kau kecewa kerana tiada gadis comel yang ingin mengorat kau sebenarnya.

2. aku juga ingin memberitahu bahawa gambar yang kau upload di fesbuk itu sebenarnya tidak cantik, tapi memandangkan kau dah tulis "eee tak comei pon. huduh jela", maka aku telah batalkan niat tersebut. nampaknya kau sudah sedar terlebih dahulu. tapi aku pelik kenapa kau masih upload gambar sebegitu.

3. aku nak beritahu pada kau bahawa huruf A dan Q adalah huruf yang berbeza. apabila kau tulis sebegini "qrini qku nqk pg pqsqr mqlqm dkqt kqmpung ni, jqngqn jeles" . seyes kau nampak macam budak yang telah dibuang sekolah sehingga terencat, apabila sudah besar tidak tahu membezakan abjad kerana ilmu tidak diberkati guru.

4. perkara penting yang aku ingin katakan adalah aku tidak kisah kau mahu makan apa, pergi ke mana, mandi pukul berapa, mahu tidur atau tidak kerana aku tahu engkau manusia, pasti akan melakukan rutin harian sebegitu. lainlah kalau kau adalah badak air atau zebra, barulah aku ingin ambil tahu.

5. yang paling utama, aku nak beritahu yang aku tidak kisah dengan siapa kau ingin bercinta. lumrah hati dan perasaan maka aku faham. tapi jika setiap lima minit kau tukar 'single', 'it's complicated', 'married', 'single' balik, kau buat aku berfikir perkara yang aku tidak suka. adakah engkau ini sangat malang sehingga setiap lima minit pasti ditinggalkan??? kasihan sungguh. aku bersimpati.

6. aku ingin beritahu lagi, aku sudah muak dengan sikap kau yang ingin mempolitikkan semua benda. sehingga ada penyu bertelur di dalam National Geographic pun kau ingin kata bahawa ia adalah agenda politik supaya mendapat raih undi simpati. aku tidak nampak di mana kena mengenanya. kau selalu membuat aku berkata "dafuq did i just read" . aku benci tahu.

7. yang paling aku tak tahan, kau sangat teruk dalam edit gambar sehingga membuatkan aku rasa bahawa itu bukanlah gambar, tapi satu lukisan abstrak daripada Leornado DeCaprio yang aku tidak pernah faham. segala bintang-bintang, love, wording yang kau gunakan sangat hodoh sehingga membuatkan aku ingin menumbuk skrin komputer ini. nasib baik aku masih waras.

8. aku ingin katakan, aku tidak kagum langsung dengan gambar kaki kau yang kau letak di FB itu. kaki kau macam kaki manusia. lainlah kalau kaki kau seperti goblin, barulah aku kagum. kadang-kadang aku sangat konfius, adakah itu gambar kaki atau muka kau. maafkan aku. aku tidak sedar jika gambar kaki dan muka kau hampir sama.

9. yang terakhir ingin aku beritahu adalah, itu sahaja yang aku ingin katakan tapi tidak pernah terluah kerana aku ingin menjaga hati kamu. kau pun tahu aku adalah seorang yang sopan santun.

2 ulasan:

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.