Betul ke mata kiri berkedip petanda buruk?


kira-kira beberapa minggu yang lepas, aku berasa pelik dengan kadar yang tinggi. semuanya gara-gara mata kiri aku suka menari-nari tanpa sebab. berkedip-kedip dengan kerap tanpa mempunyai alasan yang munasabah.

sebelum ni pernah mata aku berkedip-kedip macam ni, tapi untuk masa yang singkat saja. lepas tu hilang tanpa khabar berita. macam tu lah selalu keadaannya. datang dan pergi sesuka hati.

tapi berbeza dengan beberapa minggu yang lepas. sangat kerap. orang kata kalau mata kiri berkedip-kedip ada petanda buruk nak jadi. dari dulu aku memang tak pernah nak percaya. bila aku rasa nak percaya jer, aku batalkan niat aku cepat-cepat. sebab takut terpesong dari jalan kebenaran.

tapi bila ada seseorang ni kata perkara yang sama, aku mula jadi tak sedap hati. aku taknak percaya semua tu, tapi hati aku ngada-ngada pulak boleh terkesan dengan kata-kata tersebut. sampai aku cek google nak carik maksud kerdipan mata ni. mana lah tahu ada hadis atau firman berkenaan hal ni. tapi tak ada pulak.

aku mula terfikirkan keluarga aku, diri sendiri dan orang-orang yang penting dalam hidup aku. dalam hati tak henti-henti doa supaya dilindungi dari apa jua keburukan. boleh pulak minggu tu aku akan balik rumah dari UKM, seterusnya balik kampung kat Kedah. 

mula lah spesies setan ni masuk dalam otak aku dengan pelbagai kemungkinan. takut-takut kalau dalam perjalanan ada perkara buruk terjadi. memang tak senang hati dibuatnya. 

mata aku berkedip-kedip untuk tiga atau empat hari berturut-turut. naik lebam mata sebab ditumbuk sendiri oleh aku supaya kerdipan tu berhenti.

alhamdulillah masa parents aku ambil aku kat UKM, tiada apa-apa yang buruk terjadi dalam perjalanan pergi dan balik. otak aku ngada-ngada lagi boleh nak terfikir pasal angah aku yang ada di Bandung masa tu. bila dia telefon dah ada kat KL, aku lega sikit.

bila hari nak ke Perak atas urusan perkahwinan along aku, hari tu juga hari balik ke kedah lepas along nikah. pagi-pagi tu kami keluar rumah. mata aku macam biasalah, masih menari-nari dengan sesuka hati.

tiba-tiba boleh pulak ada seekor burung gagak terbang melintasi atas kami semua dengan membuat bunyi. tiba-tiba aku teringat pulak pasal kejadian kemalangan ngeri bas suatu masa dulu, burung gagak jadi petanda untuk kemalangan tu. hati aku bertambah-tambah risau. dah lah mata masih menari-nari, burung gagak pulak buat onar. 

dalam hati aku tak habis-habis berdoa supaya dilindungi. kemudian aku cuba menenangkan diri sendiri dan tiba-tiba macam ada satu suara muncul...

"bukan kerdipan mata atau buruk gagak yang menentukan qada' dan qadar kau selama ini, bukan itu yang memberi kau perlindungan dan keselamatan, bukan itu yang patut kau percaya, selama ni hanya Allah yang membantu kau" .

percaya atau tidak, sekelip mata hati aku terus senang. hati yang gusar tadi hilang entah ke mana. seolah-olah malaikat berbisik di dalam hati untuk menenangkan hati aku yang gusar. hebat perasaannya bila seolah-olah Allah berbicara terus dengan kita, memakbulkan doa kita.

alhamdulillah, tak ada apa-apa perkara buruk yang terjadi dalam hidup aku. kalau ada pun lepas ni, itu semua ketentuanNya.

lepas tu keesokannya, mata aku berhenti berkedip. aku, kau, kita semua perlu berpegang pada satu hal;

"hanya Allah sahaja yang patut kita percaya, berdoalah"..

Jadi betul ke mata kiri berkedip adalah petanda buruk? Jawapannya tidak.

1 ulasan:

  1. Wlaupun perangai kau ni nmpk mcm org tak brp betul.. Tp iman kau dh betul . alhamdulillah.. semoga Allah kuatkan lg iman dn bimbing jln syurga.

    BalasPadam

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.