Dah kantoi dengan mak pulak


Assalamualaikum. Hari ini adalah hari sopan gua. jadi gua nak berbudi bahasa dan berakhlak mulia hari ini. maka ingin gua isytiharkan di sini, 'gua lu' akan ditukar mode menjadi 'aku kau'. gua tahu lu orang tengah cakap "kisah apa gua".

1. bermula daripada minggu lepas, aku dah bersara dari membaca buku dan study untuk dua bulan lamanya sebab dah cuti semester. waktu-waktu begini adalah molek kiranya kita berjimba dan berfoya-foya sehingga lupa daratan. ayat tersebut khas untuk buaya-buaya darat sekalian.

2. sebelum itu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada stalker-stalker blog aku, walaupun kau taknak menonjolkan diri dan membaca blog ini senyap-senyap, tapi aku dapat trace juga menggunakan aplikasi yang kadang-kadang tidak berguna itu.

3. yang aku pelik, ramai pulak stalker daripada Batu Caves. jangan kata pembaca blog gua selama ni sami-sami dekat sana. tapi kalau betul pun, aku kisah apa.  yang buat aku rasa macam artis international, ada stalker dari California. walaupun aku tahu itu dusta belaka, rasa riak tetap hadir di dalam hati.

4. dengan baik hatinya aku ingin memberitahu di sini, aku sudah terkantoi dengan mak aku yang aku ada blog. masak lah aku lepas nih. nampaknya aku perlu membuang label di sebelah ini. nanti kantoi pulak ada banyak cerita berkenaan beliau.

5. pernah suatu hari yang hening, aku masuk ke dalam bilik mak secara senyap-senyap walaupun tiada sesiapa di rumah. bukan apa, aku memang suka berangan bahawa aku adalah watak jahat yang ingin mencuri fail harta pusaka seperti di dalam drama-drama Melayu.

6. tetapi lain pula yang aku jumpa. terdapat sehelai kertas yang diatasnya tertulis "external player". Aku rasa nak pengsan sekarang. nak tahu sebab apa? sebab baru aku teringat beberapa minit yang lepas aku baru update blog dengan menulis begini "nasib baiklah mak tak tahu yang external player tu boleh beli kat kedai".

7. gua tahu lu orang nak gelakkan gua sekarang.

8. rupa-rupanya sudah lama mak melakukan kegiatan menskodeng begini. cuma aku saja yang tidak tahu. hebat juga mak aku berlakon selama ini. baru aku tahu perangai aku ini diwarisi daripada siapa. tapi aku tetap tidak rasa bahawa stalker dari Batu Caves itu adalah mak.

9. selain itu, beliau juga hebat menyamar. ketika zaman biadab aku dulu, aku sering menggunakan kata ganti nama diri 'gua lu'. siapa yang pernah biadab dengan gua mesti tahu bilakah waktu itu.

10. tiba-tiba ada satu komen muncul di Facebook. sila lihat gambar di bawah:



11. lagi sekali gua rasa nak pengsan. memang betul lah entry aku sebelum ini yang bertajuk 'Mak gua lagi samseng dari gua'.

12. lepas tu boleh mak gua datang jumpa gua dan cakap:

"Laa... ko panggil 'mak' kenapa??? dah kantoi. baru ingat nak menyamar. adoii bikin kantoi la ko ni.."

13. jadi kerana itu nama Facebook mak sudah bertukar dan tidak menggunakan nama Badariah Hamid lagi. mungkin gara-gara tidak ingin diketahui oleh orang ramai kegiatan beliau selama ini.

14. nampaknya selepas ini aku harus lebih bersopan santun supaya dapat menjadi anak yang baik dan bakal menantu yang baik kepada ibu mertuaku kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.