Teh ais pon boleh hilang!

1. Lama betul aku merenung skrin komputer ni. Kalau dia ada perasaan mesti dah malu-malu sebab ingat aku nak mengorat.

2. Aku lama merenung sebab tak tahu nak buat intro macam mana. Tapi disebabkan dah ada intro kat atas ni, tak payah lah aku berfikir lagi.

3. Sebab utama blog ini tidak terupdate lama kerana setiap kali ada perkara best untuk diupdate, aku akan lupa keesokan paginya. Dan yang paling teruk, aku lupa password blog ini. Sebab itu aku bercadang untuk membeli Enfagrow A+ bagi membolehkan sel-sel otak berhubung kembali.

4. Minggu lepas, dengan rasa jelitanya aku telah pergi ke sebuah food court di Shah Alam. Sebuah gerai telah berjaya menggoda aku dengan lambakan kacang botolnya ditambah pula sambal belacan di sebelahnya.

5. Jadi jika suatu hari nanti aku lupa diri dan berlagak seperti Emma Watson, tunjukkan saja dua benda itu, nescaya aku akan bertukar menjadi anak jawa kembali.

6. Disebabkan orang yang ramai, jadi aku memutuskan untuk duduk dulu di meja sementara tunggu orang reda sikit. Sekurang-kurangnya kerakusan aku mengambil makanan dapat disembunyikan.

7. Sambil tunggu, aku minum sikit air teh ais. Bila tengok orang reda sikit, aku pun bangun untuk ambil makanan sambil meninggalkan air teh ais ku bersendirian di meja. Taktik ini juga digunakan untuk cop meja.

8. Lepas berpuas hati dengan lauk-lauk yang aku ambil, berbekalkan wajah jelita aku ingin kembali ke meja tadi.

9. Seperti dipukau, aku seperti hilang arah kerana meja yang dicari tak jumpa sebab tak nampak kelibat air teh ais aku tadi. Wajah jelita berubah menjadi wajah bebal. Takkan baru tinggal kejap dah merajuk.

10. Tapi aku yakin bukan sebab staff clear meja sebab air tu banyak lagi.

11. Lalu brader yang kerja situ pun tanya kenapa, dengan sopan santunnya aku menjawab "err nampak tak meja yang ada teh ais tadi?". Aku yakin dia paham maksud aku sebab dia yang ambik order air and dia nampak aku duduk.

12. Lalu kami pun memandang satu sama lain, kemudian memandang meja di sebelah kami. Cantik punya ada couple tengah duduk situ dan menjadikan air teh ais aku tadi kepunyaan pakwe dia.

13. Lagi sekali kami memandang satu sama lain, terdiam. Kami pun berbisik, aku cakap "err macam mana ni ye". Brader tu pun dengan machonya cakap "tak apa, saya buat lain". Tak payah tanya macam mana muka kami berdua waktu perati kan couple tu.

14. Mula-mula memang aku nak tegur, cakap tu air aku and aku dah minum sikit, tapi disebabkan makwe dia dah mula curik air batu dari teh ais tu, jadi aku batalkan niat dan mencari meja lain.

15. Tak lama kemudian ada seorang makcik hantar air teh ais yang baru, senyum-senyum bagi hint yang dia tahu apa jadi.

16. Mengikut kajian aku, ia mungkin disebabkan pakwe dia order air yang sama and ingat air dia dah sampai dulu masa dia ambil makanan. Sebab tu rilek je rampas kawasan.

17. Takkanlah aku nak mengamuk, nanti famous pulak masuk facebook "perempuan mengamuk teh ais dirampas dengan kejam".

18. Tahu-tahu sajalah media sosial sekarang. Suka exaggerate.

19. Time balik lupa pulak aku nak singgah kat meja mereka dan berkata "mintak halal ye". Aku yakin mereka akan update status facebook lepastu.

20. Okbai.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.