Selasa, 18 Jun 2013

Gelombang Vlog

Banjir kilat, banjir lumpur, banjir oo banjir oo rumah kita masuk airr ooo..adalah lebih baik daripada kebanjiran manusia-manusia bodoh..

Aku dapat rasakan dunia sekarang lebih ramai Haters...


1. Dulu pernah ada manusia cadangkan kepada aku untuk membuat vlog.

2. Aku pun dengan yakinnya terus cakap "nak bisnes ni kena ada modal..lagipun aku tak tahu sangat pasal benda-benda ni".

3. Kerana keyakinan itu, dia pun dengan yakinnya membalas "eh bebal kau memang tak habis ek. aku suruh buat vlog bukan jual coolblog la vangang!!"

4. Daripada penerangan dia, aku dapat ringkaskan bahawa 'Vlog' merupakan istilah yang digunakan untuk mengelakkan orang melabelkan anda gila apabila bercakap seorang diri di hadapan komputer.

5. Disebabkan ketika itu aku masih insan naif dan jelita, maka aku membuka kautiub. Aku maksudkan Youtube.

6. Melihat daripada contoh-contoh yang ada, benarlah sangkaan aku di nombor 4 tadi. Maka aku pun membuat latihan untuk mencipta vlog sendiri.

7. Tetapi aku tak dapat terima kenyataan ketika preview. Nak tahu apa yang aku lihat? tiada apa.

8. Aku terlupa nak tekan butang record. atau mungkin komputer aku ada autodelete untuk benda-benda yang nokharomm. itu memang sangat durjana.

9. Melihat kepada vlog-vlog yang ada di web sekarang, masing-masing ada cara sendiri. ada yang buat tutotrial tudung, tutorial kopiah, mengumpat pasal orang lain, mengumpul likers, mengumpul haters dan macam-macam lagi.

10. Akhirnya aku decide untuk duduk diam dan hanya pandang pada dekstop tanpa berbuat apa-apa.

11. Kerana abah ada di belakang.











Ditulis Oleh : Makteh // 1:11 PG
Kategori:

0 ucapan tahniah:

 
maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.