Ini memang memalukan.


sila sengetkan kepala anda. padan muka.
aku tak tahu kenapa gambar di atas ini degil sangat nak dengar kata. dah rotate banyak kali pun masih sebegitu rupa. durjana sungguh.

mungkin kerana ia dapat detect niat aku untuk riak dan berlagak kepada semua kerana jaket varsiti yang aku pakai itu masih baru dan berbau keldai kedai.

tapi bukanlah berkenaan jaket itu yang ingin aku bisingkan di sini, pakai atau tidak aku masih jelita. ampunkan aku di atas keangkuhan ini.

semasa ingin mendapatkan jaket ini, begitu sadis sekali perjalanannya.
jadi dalam banyak-banyak dugaan itu, yang paling mencabar adalah ketika ingin mulakan perjalanan. ketika ingin reverse kereta keluar parking kolej iaitu di Dataran K4...

disebabkan hari itu aku merasakan aku kian educated, maka sifat keangkuhan aku menjadi-jadi. maka kunci kereta aku berikan kepada Ketam, iaitu member aku untuk membawa kereta. manakala aku, duduk di belakang sambil berlagak seperti sedang menaiki limosin.

namun, ketika ingin mengundurkan kereta, aku dapati terdapat beberapa kereta yang malang kerana mempunyai pemandu kurang ajar kerana suka hati nak parking kat mana-mana dia suka. aku tak tahu macam mana JPJ boleh luluskan lesen dia.

maka ia telah menipiskan keimanan aku sedikit ketika itu kerana mencaci maki kereta tak guna itu. kemudian aku beristigfar semula. apa nak jadi anak encik Ismail ini.

disebabkan kereta Vavi yang dibawa itu memang direka untuk dibuat kereta langgar kerana tiada sensor belakang, maka agak susah untuk mengundurkan kereta tanpa melanggar mana-mana kereta terdekat.


jadi berbekalkan hati mulia dan bermuka bebal, aku pun membuka tingkap kereta belakang dan mengeluarkan kepala. tapi sebelum itu aku dah usha line, clear. tak ada siapa nampak. risau orang menjerit ingat aku nak  bunuh diri.


ketika Ketam gostan kereta, akulah yang menjadi sensor keretanya. bila hampir-hampir nak langgar kereta durjana di belakang itu, aku akan membuat bunyi "Beep beep beep beep beep" dengan nada menyakitkan hati. nasib baik aku tidak dilempang olehnya.

kemudian dia membuat cubaan gostan lagi dan memang hampir-hampir nak langgar. aku pun lagi sekali dengan yakinnya menjerit "beep beep beep beep beep beep" dengan nada yang lebih menyakitkan hati. kali ini memang hampir dilempang.

aku memang prihatin. kerana kereta yang dibawa itu adalah milik mak aku. kalau langgar kereta orang lain aku tak kisah, aku lebih risau dengan bebelan yang bakal diterima kalau kereta Vavi itu remuk.

akhirnya usaha kami tidak sia-sia. kereta itu dapat dikeluarkan dengan jayanya tanpa sebarang calar tambahan di kereta yang sudah sedia tercalar itu.

kemudian dengan bangganya aku menutup tingkap dengan muka riak. tetiba aku ternampak ada dua orang mamat dekat tangga tengah pandang. terus aku pandang depan dan menyedapkan hati sendiri bahawa mereka tidak dengar aku menjadi sensor kereta tadi.

balik dari mengambil jaket varsiti itu, aku pun memulakan aktiviti harian aku iaitu membuang masa di facebook sambil mengupdate status yang membosankan.

tiba-tiba ada komen masuk...katanya:

"bising gila Makteh jadi sensor kereta tadi". jangan tanya reaksi aku apa. aku pun membalas:

"eh dengar ke tadi??" . tanyaku dengan berhemah.

"err rasanya satu Dataran K4 tadi dengar kot...beep beep beep. hahaha".

terus aku tak balas sebab sibuk ketawa dalam bilik.

aku terpaku diam membisu. memang malu tahap dewa. waktu aku berpura-pura menjadi sensor kereta, aku sangkakan line clear, tak ada siapa dengar. rupanya satu tempat parking tu dengar.

habis reputasi aku sebagai insan bersopan santun dan pemalu. aku berharap tiada mana-mana brader yang membatalkan niat untuk meminang aku nanti.

tak guna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.