Cara Mudah Melepaskan Geram!


Pernahkah anda merasa geram yang teramat sangat seperti rasa ingin bersalin tetapi tidak boleh kerana rupa-rupanya anda ingin berak sahaja?... atau geram seperti ingin membunuh seekor nyamuk tetapi gagal kerana nyamuk itu mempermainkan mata anda yang juling?.. memang kurang ajar itu.

aku sangat faham perasaan geram itu. terutama kepada kawan yang memarahi kita sebab tak ingatkan dia cerita hindustan dah mula padahal hampir 40 kali kita beritahu dia masa dia tengah mengorat.

ketika itu sudah tentu anda berniat dan mengatakan begini di dalam hati..



jadi di sini ingin Makteh memberi beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk mengubati hati yang lara itu. bukan cara-cara untuk membunuh atau menyeksa mereka, tapi cara untuk melepaskan geram dan membuatkan anda puas hati..(mungkin ada sedikit tips untuk membunuh secara sopan santun. semoga aku tidak ditangkap polis kerana ini).

1. Teknik menampar nyamuk: Ketika rakan anda tersenyum sambil membuat muka takbur kepada anda, tampar sahaja mukanya tanpa belas kasihan. peluang yang datang hanya sekali, jadi tamparlah sekuat hati. kalau rasa sebelah tangan tidak cukup, tampar kedua-duanya sekali. kalau itu masih tidak cukup, kaki juga boleh digunakan.

apabila rakan anda kelihatan akan koma sebentar lagi, katakanlah padanya "aku pukul nyamuk dekat muka kau tadi, aku taknak kau kena HIV".

2. Teknik memperli secara halus: Ambil telefon anda dan berpura-pura seperti sedang bercakap dengan rakan. walaupun semua orang tahu telefon bimbit itu adalah botol air, tapi dengan keyakinan dan lakonan yang mantap, pereka botol air itu sendiri boleh mempercayainya. kemudian bercakaplah di hadapan rakan anda itu dengan kata-kata yang sinis.

pandang tepat matanya sekali sekala untuk membuatkan dia terasa, kemudian ulang teknik yang sama berulang-ulang kali sehingga dia bertaubat.

3. Menggunakan Death Note: tahukah anda anime Death Note? wikipedia mengatakan ia adalah siri anime yang berkisarkan tentang buku nota luar biasa. sesiapa yang namanya ditulis di dalam nota itu, pasti akan mati. jadi! binalah Death Note anda sendiri. kemudian tulislah nama yang anda inginkan di dalam buku tersebut sebanyak mungkin. walaupun ianya tidak akan berkesan, tapi demi kepuasan hati tidak mengapa. satu hari nanti bila anda terbaca semula, pasti akan mentertawakan diri sendiri.


4. Teknik Silent Therapy: Cara ini tidak memerlukan anda membuat apa-apa perkara yang berdosa dan memalukan. hanya duduk diam tanpa berkata apa-apa. kalau anda hebat, berpura-pura mati. teknik ini sering digunakan oleh orang yang marah kepada kekasihnya dan bertujuan untuk menimbulkan rasa bersalah dan takut kepada orang tersebut.

geram anda tidak akan terlepas sekaligus dengan teknik ini, tapi akan terlepas secara perlahan-lahan seperti melepaskan kentut di dalam kelas. sekurang-kurangnya marah anda akan reda di samping dapat membuatkan rakan anda ketakutan.


5. Teknik serangan Goku:  Pernahkah anda berharap anda mempunyai kuasa seperti Goku dan ingin membelasah rakan anda sekuat hati? jadi untuk melepaskan geram anda dengan cara ini adalah dengan memukul rakan anda menggunakan pemukul lalat elektrik. walaupun tidak sama langsung dengan Goku, tetapi anda tetap boleh menjerit "Kamehameha" ketika melakukan serangan.

anda mungkin berjaya membunuh rakan anda jika dia adalah seekor lalat. tapi tidak salah mencuba. sekurang-kurangnya anda boleh gelakkan dia ketika dia menjerit 'addoiii'.

sekian sahaja tips untuk hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen

maktehlala. Dikuasakan oleh Blogger.